27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

JAD RIZALMAN WASHIF CIPTA REKOD BAHARU MSSD RANAU

‘Raja Pecut L18’ Jad Rizalman Washif (5 dari kanan) turut membantu kuartet 4X100 meter muncul johan

TAMBUNAN: Pelari pecut daerah Kategori Lelaki 18, Jad Rizalman Washif berjaya mencipta rekod baharu kejohanan dalam acara 100 meter dan 200 meter pada hari pertama dan kedua kejohanan peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah Ranau yang berlangsung di Kompleks Sukan Tambunan.

Pada hari pertama kejohanan ( 4 Julai ), Jad Rizalman berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 100 meter di peringkat akhir dengan catatan masa 10.5 saat sekaligus memadam rekod lama 11.0 saat yang dipegang oleh Rozaidi Ismail Othinin ( SMKA Mohammad Ali ) pada tahun 2016.

Dengan pencapaian tersebut Jad Rizalman yang mewakili SMK. Lohan dijulang sebagai ‘jaguh pecut daerah’ Kategori Lelaki 18 sekaligus dinobatkan sebagai johan. Naib johan dimenangi Seandrson Siaw Sheng ( SMK. Bundu Tuhan ) dengan catatan masa 11.9 saat dan tempat ketiga, Addrie Arafat ( SMK Mat Salleh / 12.1 saat ).

Pada hari kedua kejohanan ( 5 Julai ), Jad Rizalman sekali lagi mengulangi pencapaian cemerlang dalam acara 200 meter. Jad Rizalman berjaya mencipta rekod baharu dengan catatan masa 21.9 saat. Rekod lama MSSD 22.2 saat pada tahun 2018 dipegang oleh Azhad  Kathidin Masile juga dari SMK Lohan.  Tempat kedua ialah Darrel Austen Losius ( SMK Bundu Tuhan ) dan ketiga, Afif Asyraaf Azmi ( SMK Lohan ).  

Dalam satu lagi acara, Jad Rizalman berjaya membantu pasukan kuartet 4 X 100 meter muncul johan. Beliau yang diletak sebagai pelari terakhir beraksi cemerlang dengan mempamerkan kepantasan hingga ke penamat sebaik menerima baton daripada rakannya di pelari ketiga. Kemenangan tersebut menambah koleksi pingat emas sekaligus menjarakkan lagi jumlah kutipan pingat dengan pasukan lain. SMK Lohan setakat pada hari kedua kejohanan masih unggul sebagai pendahulu kutipan pingat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN