26 C
Kota Kinabalu
Selasa, April 30, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan Kesihatan Labuan periksa 145 sample makanan dan bahan mentah sepanjang 2018- Jun 2020.

GIMIK….Dr Ismuni (dua kiri) ketika merasmikan Sambutan Hari Makanan Sedunia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2020 sambil diperhatikan Sophian (kiri) dan Ahmad Fahmi,

LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan telah memeriksa sebanyak 145 sample makanan dan bahan mentah termasuk daging, ikan, sayur dan buah-buahan di pasaran tempatan  sepanjang tahun 2018 hingga Jun 2020.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan Dr. Ismuni Bohari berkata daripada jumlah itu sebanyak 14 sample didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Manakala lapan daripada 14 sample tersebut membabitkan pelanggaran sample sayur terhadap kandungan racun perosak” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di Pusat Pengumpulan Hasil Peladang Kampung Pantai dekat sini,pada Khamis.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan sentiasa komited dalam menjalankan risikan dan mengambil sample-sample pengawasan  bagi mengenalpasti punca pelanggaran tersebut.

Jelas beliau lagi,  Jabatan Kesihatan Labuan akan terus memperkukuhkan  kawalan keselamatan makanan bagi memastikan rakyat Labuan terus menikmati makanan selamat.

Sementara itu katanya, Bahagaian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan telah melakukan pemeriksaan terhadap 25 buah pasar di seluruh Labuan sepanjang tahun 2018 hingga 2020 yang meliputi pasar sayur, gerai ikan nelayan, serta pasar  penjualan daging dan ikan.

Menyentuh mengenai kes keracunan makanan di pulau ini, beliau menjelaskan jumlah kes ini amat kecil iaitu hanya  beberapa kes  termasuk satu kes   melibatkan  salah sebuah sekolah di sini.

Terdahlu, Dr. Ismuni bersama para tetamu jemputan menyaksikan lintas langsung melalui aplikasi Zoom dan  Facebook Live  Jabatan Kesihatan sempena  pelancaran gimik perasmian  Sambutan Hari Makanan Sedunia peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Seri Dr. Adham Baba di Putrajaya.

Sempena program itu, Dr. Ismuni turut mengadakan aktiviti Walkabout di sekitar Pasar Peladang yang terletak berdekatan   Pusat Pengumpulan Hasil Peladang Kampung Pantai.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan Labuan,, Sophian Niza Ismail dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Negeri, Ahmad Fahmi Abdul Kadir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN