31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Jabatan, agensi bawah KKTP diminta tingkat kualiti perkhidmatan, pencapaian

Dr. Joachim (tengah) depan ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi KKTP yang pertama

KOTA KINABALU, 17 Jan 2024: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mahu semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan pencapaian masing-masing.

Beliau juga berharap agar semua ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KKTP terus memantau semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar semua isu-isu berkaitan yang berbangkit dapat diselesaikan dengan segera.

Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri II, menyuarakan ini ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Ketua-ketua Jabatan dan Agensi KKTP yang pertama untuk tahun ini yang diadakan di Hilton Kota Kinabalu, di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Pembantu-pembantu Menteri, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mohd. Hamsan Awang Supain; dan Setiausaha Tetap Kementerian; Datuk Dr. Jamili Nais.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN