30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

J1R JUARA RAMADAN CUP 2022 PIALA YB DSP MASIDI MANJUN

Pasukan J1R….Johan Futsal Ramadan Cup

0leh: Syukri Saridih

RANAU: J1R muncul johan Futsal Ramadan Cup Piala Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah / Menteri Kewangan II merangkap ADUN N.37 Karanaan, yang berlangsung selama sehari bermula selepas isyak sehingga waktu sahur.

Naib johan dimenangi pasukan LKFC, manakala tempat ketiga bersama masing-masing milik pasukan J2R dan SL SINARUT LAMA.

Johan menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan Naib Johan RM1,000. Manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang hadiah RM500.

Sebanyak 34 pasukan telah menyertai kejohanan futsal yang bertempat di Gelanggang Futsal Marakau Extreme anjuran ARMADA Ranau, Gabungan Belia Daerah Ranau (GBR), J1R, Massa FT dan Belia Unggul Kg. Paka Dua.

Simbolik penyerahan piala dan hadiah telah disempurnakan oleh Ketua ARMADA Bahagian Ranau, Rosdi Abd Ghani, diiringi Pengerusi Gabungan Belia Ranau, Syukri Saridih.

GAMBAR KENANGAN..Masidi (duduk tengah) merakam gambar bersama penganjur dan sebahagian pasukan yang mengambil bahagian.

Sementara itu Masidi Manjun yang hadir merasmikan kejohanan itu mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih kepada peserta dan penganjur di atas kejayaan menganjurkan.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan futsal itu mampu mengeratkan hubungan sesama belia di Daerah Ranau disamping merancakkan aktiviti sukan futsal.

“Syukur penganjuran program sebegini amat mendapat sokongan daripada para belia. Selain daripada dapat mengeratkan silaturahim, belia-belia juga dapat mengisi masa dengan aktiviti sukan di bulan Ramadan,” katanya.

MASIDI bergambar bersama salah satu pasukan yang mengambil bahagian

Selain itu, beliau turut mengumumkan tambahan hadiah wang tunai sebanyak RM 2500 kepada para pemenang.

“Saya berbesar hati untuk menambah hadiah sebanyak RM 1000 kepada johan, tambahan RM 500 kepada naib johan dan RM 500 lagi kepada tempat ketiga bersama. Semoga belia-belia kita akan terus bersemangat dan bermotivasi untuk memenangi pertandingan ini,” tambahnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN