ADVERTISEMENTspot_img

Isyamuddin Noordin dipilih Yang Dipertua PIBG SK Pekan Satu Sesi 2023/2024

SAHBUDIN…. (empat kiri) dan Anita bersama barisan AJK PIBG yang lama dan barisan pentadbir SKPS.

LABUAN: Pegawai Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Isyamuddin Noordin, dipilih sebagai Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pekan Satu (SKPS) bagi penggal 2023/2024 sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 SKPS yang diadakan di Dewan CUN baru-baru ini.

Manakala Abang Syamsulzainuri Abang Sapini dipilih untuk menggalas jawatan Naib Pengerusi PIBG. 

Lima orang lagi AJK Tertinggi PIBG telah mendapat undian tertinggi untuk menerajui kepimpinan PIBG bagi sesi baharu ini manakala kekosongan jawatan yang lain diisi oleh guru-guru SKPS.

Isyamuddin merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dan bersedia untuk menyahut cabaran demi mengangkat martabat ibu bapa serta waris SK Pekan Satu, Truly Number One!

Majlis perasmian mesyuarat agung tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan WP Labuan, Sahbudin Ag. Muhamad yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad.

Turut hadir Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPWPL, Basneh Jamilide, merangkap Pegawai Angkat SKPS, Yang Dipertua PIBG SKPS, Salehhuddin Wasli dan Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Nur Sharmila Nageswararavo.

Hadir sama Guru Besar, Anita Shyamini S. Azman dan 674 ibu bapa.

Dalam ucapan alu-aluannya, Anita Syhamini menzahirkan sepenuh jiwa ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang komited untuk melibatkan diri dalam mesyuarat ini sama ada secara bersemuka mahupun secara maya.

Beliau menyeru ibu bapa untuk sepakat di bawah lembayung prima kata yang sama dengan stamina yang berganda dan bergerak dengan kuasa yang penuh demi mencapai sasaran yang digariskan.

Anita menyandarkan harapan yang tinggi kepada AJK PIBG 2023/2024 untuk bersama menempa kemajuan dan kecemerlangan demi murid SKPS.

“Pasti semua ibu bapa mahu melihat perkembangan potensi dan kualiti pembelajaran anak berkembang dengan baik sebagai cerdik pandai namun elemen-elemen pembentukkan adab terpuji juga perlu dipelihara dan dibudayakan supaya dapat melahirkan modal insan berilmu dan berakhlak mulia sebagai pewaris negara pada masa hadapan,”katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN