
20 Oktober 2019
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan kemarin mengambil maklum mengenai kekecewaan yang diluahkan oleh segelintir rakyat terhadap kualiti penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview
baru-baru ini.
Menurut SKMM, perkhidmatan TV Digital myFreeview telah disediakan kepada rakyat melalui kaedah terestrial yang mana liputan telah mencapai 95% di kawasan berpenduduk dan melalui kaedah langsung ke rumah iaitu direct to home (DTH) bagi meliputi 98% kawasan berpenduduk serta kawasan-kawasan terlindung yang sukar menerima siaran myFreeview melalui kaedah terestrial.
“Rakyat adalah digesa untuk mendapatkan khidmat nasihat melalui MYTV Careline untuk memastikan sama ada mereka berada di bawah kawasan liputan terestrial atau DTH. Dekoder DTT dan aerial UHF diperlukan bagi menerima siaran DTT manakala dekoder DTH berserta piring diperlukan bagi penerimaan siaran DTH.
“Kualiti penerimaan siaran TV Digital myFreeview akan terjejas sekiranya pengguna menggunakan dekoder dan antena tiruan yang dijual di pasaran serta penggunaan kabel yang salah. Sila pastikan anda membeli dekoder yang telah disahkan oleh SKMM atau SIRIM,”
SKMM / MCMC
SKMM menyarankan pelanggan melayari Laman Sesawang yang disediakan sebagai panduan bagi mendapatkan siaran digital myFreeview yang berkualiti:
Untuk bantuan pemasangan antena layari http://www.mytvbroadcasting.my/pemasang_berdaftar/ . Untuk maklumat frekuensi: http://www.mytvbroadcasting.my/pdf/Lists-of￾frequency.pdf.
Soalan-soalan Lazim boleh didapati di http://www.mytvbroadcasting.my/faq/ dan panduan video tutorial cara pemasangan, layari http://www.mytvbroadcasting.my/pemasangan_video/
Untuk bantuan lanjut, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 daripada pukul 8.00 pagi – 10 malam setiap hari, termasuk cuti umum.
Tambah SKMM, usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah berbangkit sedang diambil pada masa nyata. SKMM akan sentiasa memantau keadaan agar setiap rakyat Malaysia dapat menikmati siaran TV Digital myFreeview yang berkualiti.-‘BORNEO BULETIN‘