25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Isu jambatan konkrit Kg.Bunga Raya Apin-Apin dalam perhatian KKR – Robert

TINJAU….Robert meninjau kerosakan jalan mendap di jalan Rantai Bundu Apin apin.

KENINGAU – Isu jambatan konkrit di kampung Bunga Raya Apin-Apin disini kini dalam perhatian Kementerian Kerja Raya.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik, memaklumkan Jabatan Kerja Raya JKR Keningau telah diarah untuk menilai kos naik taraf jambatan konkrit tersebut.

MENDAP…..Keadaan jalan yang mendap

“Ia susulan kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terjatuh ke dalam sungai di kawasan berkenaan pada Ahad lalu.”Katanya selepas meninjau jambatan berkenaan di kampung tersebut pada Isnin semalam.

Datuk Robert yang juga ahli dewan undangan negeri Bingkor turut meninjau jalan mendap di jalan Rantai Bundu Apin-Apin.

MALANG…Kenderaan yang terjatuh di jalan Kampung Bunga Raya pada ahad lalu.

“Jalan berkenaan sudahpun diselenggara oleh pihak konsensi dan turut mengarahkan pihak JKR untuk membuat laluan alternatif sementara menunggu kerja-kerja pembaikan disiapkan.”Katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN