27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Isu ibu jual anak, PDRM ambil maklum kenyataan seorang pemimpin politik

DSP Shahrudin….ibu tersebut telah membuat satu laporan polis yang tegas menafikan kedua-dua kenyataan pemimpin politik tersebut.

Oleh: Marutin Ansiung

KENINGAU:Pihak PDRM mengambil maklum mengenai kenyataan media yang viral baru – baru ini oleh salah seorang pemimpin politik berhubung isu penjualan kanak-kanak oleh ibu sendiri yang berlaku di Daerah Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP)Shahrudin Bin Mat Husain berkata,  individu berkenaan telah mengeluarkan kenyataan media pertama bertarikh 16 Jun 2021 yang mengatakan tiga beradik telah diselamatkan oleh PDRM Keningau dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Keningau di persempadanan Malaysia/Indonesia. 

Beliau (pemimpin politik) juga menggesa agar siasatan lanjut dilakukan bagi membanteras sindiket tersebut. 

Sharudin berkata, pada hari yang sama, Pesuruhjaya Polis Sabah telah menafikan isu-isu yang timbul dalam kenyataan itu. 

“Pada 17 Jun 2021, pemimpin politik tersebut telah mengeluarkan kenyataan balas media bagi mempertahankan kenyataan awal beliau di mana beliau mengatakan kejadian tersebut benar – benar berlaku. Sehubungan itu, PDRM telah menjalankan siasatan menyeluruh bagi menyiasat asas isu – isu yang telah dibangkitkan. 

Hasil siasatan, didapati tidak wujud sebarang isu penjualan anak dan sindiket pemerdagangan manusia di dalam insiden ini” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelas Shahrudin, ibu tersebut telah membuat satu laporan polis yang tegas menafikan kedua-dua kenyataan pemimpin politik tersebut.

Mengulas isi kandungan kenyataan pemimpin politik tersebut, Shahrudin berkata, PDRM turut mengambil maklum berkenaan kenyataan balas oleh beliau yang tidak menyalahkan mana-mana pihak melainkan hanya memohon pembelaan untuk masyarakat di pedalaman. 

Namun demikian katanya  ia dilihat telah membangkitkan perasaan kegentaran

awam di dalam masyarakat kerana menyentuh isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan di antara negara, seolah-olah perkara ini berlaku secara berleluasa tanpa ada kawalan oleh pihak berkuasa. 

Tegasnya, rentetan isu ini, PDRM membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana

menyebabkan kegentaran kepada awam melalui penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi. 

Shahrudin berkata, PDRM sentiasa peka dan mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam berkaitan jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia. 

Dalam pada itu katanya, masyarakat dinasihatkan agar isu ini tidak terus diviralkan tanpa merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu bagi menjaga ketenteraman awam khususnya di kawasan pedalaman. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN