28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ismail juara Golf Merdeka Trofi  LIGC 2024

Ismail Peie…juara kategori Gross

LABUAN: Ismail Piei muncul juara kategori Gross Kejohanan Golf Merdeka Trofi LIGC 2024 di padang Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC) yang diadakan pada Sabtu lalu.

Pada kejohanan itu Ismail  mencatatkan 75 pukulan untuk menerima hadiah berupa sebuah piala, tropi dan wang tunai.

Naib johan dimenangi oleh Joannes Pius dengan mencatatkan 78 pukulan dan tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Izz Amin yang mencatat  78 pukulan (ocb).

Helmi Bali.juara kategori Nett.

Ismail sebelum ini pernah memenangi kejohanan itu dua tahun berturut turut iaitu pada tahun 2018 dan 2019.

Sementara itu, pemain dari Perbadanan Labuan, Helmi Bali muncul juara bagi kategori Nett selepas mencatatkan 64 pukulan, naib johan dimenangi oleh Mohd Faisal Basiah yang mencatatkan 65 pukulan dan tempat ketiga dimenangi  Rozaini Aliakat yang mencatatkan 67 pukulan.

Datuk Gapilin juara kategori Jemputan.

Bagi kategori jemputan, johan dimenangi oleh Datuk Gapilin Nasaruddin yang mencatatkan 70  pukulan (nett) diikuti naib johan jatuh kepada Ismanto Isnanthomo dengan catatan 71 pukulan (nett) dan tempat ketiga dimenangi  M. Donny Mustapha yang mencatatkan 72 pukulan (nett).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud.

Kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh LIGC itu disertai lebih 100 pemain golf amatur tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN