27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

IPD RANAU TERIMA SUMBANGAN LEMBU KORBAN DARIPADA TIMBALAN MENTERI KDN

RANAU: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin kerana mengulurkan sumbangan berupa seekor lembu kepada IPD Ranau, sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ketua Polis Daerah IPD Ranau, DSP.Simiun Bin  Lomudin ketika ditemui selepas menyaksikan majlis penyembelihan lembu Kurban tersebut, mengharapkan agar sumbangan  seumpama itu menjadi landasan memupuk permuafakatan, keharmonian serta persaudaraan sedia terjalin  dikalangan anggota serta keluarga PDRM Ranau.

“Saya mewakili pelbagai jabatan PDRM IPD di sini merakam ucapan terima kasih kepada YB.Jonathan kerana kesudiannya menghulurkan sumbangan tersebut”, jelas DSP.Simiun.

Hadir sama pada acara sembelihan  lembu itu ialah, Pengerusi Jawatankuasa Surau IPD Ranau, Insp.Alli Minggu, Ketua Polis Balai IPD Ranau, Sub.Insp. Abd Manaf Bin Mustafa, sementara menyempurnakan sembelihan, ialah Ust. Mohd.Abd.Hadi Bin Ismail dari SK.Lipasu Ranau.

                    

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN