Mohd Hamizi mengagihkan bubur lambuk dan risalah balik kampung kepada peniaga di Bazar Ramadan.
LABUAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan mengagihkan sebanyak 500 bungkus Bubur Lambuk kepada peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Datatan Labuan petang kelmarin.
Program tersebut yang turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Surau Ibnu Sina IPD Labuan dalam menyediakan Bubur Lambuk dan agihan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Labuan Superintenden Mohd Hamizi Halim.
Mohd Halim ketika ditemui media berkata, program tersebut merupakan salah satu aktiviti untuk menyantuni masyarakat untuk mendapatkan maklumat semasa sambil berkongsi rezeki pada bulan Ramadan Al Mubarak.
Akitiviti ini juga katanya adalah sempena Sambutan Hari Polis yang akan disambut pada 25 Mac ini.
Selain agihan bubur Lambut turut diselitkan pengedaran borang laporan balik kampung kepada orang ramai yang akan meninggalkan kediaman semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Menurut Mohd Halim, orang ramai yang berhasrat meninggalkan kediaman untuk bercuti balik kampung boleh membuat laporan menerusi aplikasi Volunteer Smarphone Petrol (VSP) atau mengisi borang yang disediakan di balai polis yang berdekatan.
“Pemakluman ini adalah bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan rumah kediaman yang ditinggalkan bagi mencegah kejadian jenayah seperti pecah rumah dan sebagainya, selain rumah yang ditinggalkan dalam keadaan yang selamat”, katanya.



