26 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 11, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Inspektor Kesihatan nafi keluarkan kenyataan berkaitan Covid-19

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), Jabatan Kesihatan Kawasan Ranau, IK Hamzah Haji Basman, menafikan telah mengeluarkan kenyataan berkaitan status saringan Covid-19, peserta ijtima’ Jamaah Tabligh dari daerah ini.

“Saya ingin menafikan bahawa saya tidak pernah mengeluarkan laporan atau kenyataan seperti yang tular di kebanyakan grup WhatsApp berhubung status saringan Covid-19 di kalangan peserta terbabit.

“Saya sedar dan faham, kenyataan – kenyataan seperti ini hanya boleh di keluarkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia KKM atau Menteri Kesihatan,” jelasnya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut Hamzah, sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang tepat, orang awam diminta meghubungi bilik gerakan Crisis Preparedness and Response (CPRC) atau terus kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

Terdahulu tular satu kenyataan didakwa dikeluarkan oleh seorang Inspektor Kesihatan daerah ini mengatakan saringan ke atas semua peserta Jamaah Tabligh yang dikaitkan dengan Covid-19  (coronavirus) didapati negatif.

“Laporan dari pej Kesihatan Daerah Ranau (IK Hamzah), semua senarai nama yang dikehendaki dari halqah Serayo, Kundasang, Ranau dan termasuk jemaah penanti telah selesai menjalani saringan covid-19. Alhamdulillah semuanya ok (negatif).” Kata kenyataan itu. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN