Abidin menerima boring keahlian Parti Star dari penduduk di kawasan itu
RANAU: Inisiatif serta usaha kumpulan belia Kg Kinapulidan dan Kg Rugading yang berjaya melancarkan Program Pertanian Tanaman Kelapa Sawit dan Hiking Track Bukit Tontogon diberi pujian.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir yang juga ADUN Paginatan berkata inisiatif tersebut mampu menaikkan taraf keusahawanan belia di sini dan harus menjadi contoh kepada belia di semua kawasan.
Menurut beliau, dengan adanya usaha sebegini akan secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup serta daya saing belia di sini untuk menjadi lebih maju lagi di masa akan datang.
Tambah beliau, dengan adanya Program Pertanian Tanaman Kelapa Sawit dan Hiking Track Bukit Tontogon, ia juga menjadi satu lagi tarikan pelancongan ke kawasan ini, sesuai dengan status daerah ini sebagai pusat pelancongan yang terkenal.
Abidin yang juga merupakan Naib Presiden Parti StarSabah berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Borang Keahlian Parti Star yang diadakan di Isra Homestay Kinapulidan pada hari Sabtu.
Dalam majlis itu, beliau menyaksikan penerimaan Borang Keahlian Baru Parti Star seramai 65 orang daripada penduduk Kg. Kinapulidan.
“Penyertaan lebih 60 ahli baru rakyat Kg. Kinapulidan adalah manifestasi bahawa Parti Star di DUN Paginatan semakin diminati kerana perjuangan Parti Star yang begitu konsisten dalam memperjuangkan hak hak Sabah seperti termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63.
“Terima kasih kerana membuat keputusan yang tepat. Penyertaan kamu sudah tentunya memantapkan lagi kedudukan GRS di DUN Paginatan khususnya,” katanya.
Abidin turut berterima kasih atas sokongan tidak berbelah bagi daripada kumpulan Pemegang Adat Mukim Tanah Rata seperti yang disuarakan oleh semua ahli Pemegang Adat dalam mesyuarat Pemegang Adat baru-baru ini.
“Berkenaan cadangan pembinaan Balai Kraftangan di sini dan juga tentang pembinaan kawasan Hiking Bukit Tontogon, ia akan dikemukakan kepada Lembaga Kraftangan Malaysia dan juga Kementerian Pelancongan
“Berkenaan penambahbaikan Gelanggan Futsal, ia akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan, manakala tentang bekalan Solar di sini, ia akan dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Kinapulidan, Ismail Garibin berterima kasih kepada Abidin kerana keprihatinannya yang sentiasa konsisten menyantuni rakyat di DUN Paginatan.
Abidin (tengah) dan lain-lain bergambar kenangan di majlis itu
Beliau memberi saranan kepada kerajaan untuk melihat keperluan belia di sini supaya mereka tidak berhijrah untuk mencari kerja di tempat lain.
Menurutnya, rakyat di Kawasan ini menyokongan penuh kepada Parti Star kerana konsisten dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah yang sentiasa diperjuangkan oleh Presiden StarSabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
Ismail memohon agar wakil rakyat di sini melihat keperluan Balai Kraftangan, hiking track yang diilhamkan oleh belia Kg. Kinapulidan, penambahbaikan gelanggang Futsal, dan bekalan solar kepada jalan akses ke Perkuburan Islam Kg. Kinapulidan.
Sementara itu, Ketua Cawangan Parti Star Kg. Kinapulidan, Satiman Kandaran, menggesa pimpinan parti agar fokus kepada golongan belia kerana golongan undi18 mempunyai jumlah yang tinggi dalam daftar pengundi.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Star bersama lebih 60 ahli baru kerana mahu terlibat secara langsung untuk memenangkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di DUN Paginatan.
Sementara itu, Abidin memberitahu bahawa rekod pencapaian signifikan Kerajaan GRS dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini amat membanggakan.
“Kita sudah melihat prestasi ekonomi yang sentiasa meningkat dengan kutipan hasil tertinggi tiga tahun berturut turut, peningkatan KDNK 4 tahun berturut turut sejak tahun 2021.
“Dalam masa itu terbukti nilai pelaburan asing yang tertinggi. Kerajaan GRS juga sentiasa konsisten dalam perjuangan menuntut hak-hak Sabah seperti dalam Perjanjian MA63.
“Ini adalah sinonim dengan perjuangan Presiden Parti Star, Datuk DrJeffrey Kitingan, sehingga dipenjarakan. Kita melihan pengisytiharaan Sabah Day sebagai Hari Kemerdekaan Sabah, pengisytiharaan Wilayah Sabah dan kerajaan GRS masih menuntut supaya hasil 40% dikembalikan kepada Sabah.
“Kesemua ini adalah pencapaian Kerajaan GRS dalan 4 tahun memerintah. Sudah tentunya banyak lagi agenda pembangunan Negeri Sabah yang akan dilaksanakan dengan sokongan padu daripada rakyat,” katanya.
Abidin berharap agar selepas PRN17 kerajaan GRS akan terus diberi mandat untuk memerintah Negeri Sabah degan prestasi kerajaan yang begitu tinggi.
Turut hadir, Pengerusi Ko Nelayan Kong Soon Choi, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Paginatan Hishamudin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, KAN Dualis Porodtong, Pengerusi Persatuan Balai Adat DUN Paginatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.