25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Inisiatif anjur Karnival Merdeka Kg.Mininsalu dipuji

TERIMA KASIH…Jonathan (dua kiri) menerima cenderamata disampaikan Kuiky

RANAU: Warga Kg.Mininsalu di sini, dipuji kerana punyai inisiatif tersendiri menganjurkan Karnival Merdeka  dengan pelbagai aktiviti sempena sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2022.

Sambil memuji kejayaan itu,Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin, mengharapkan kepada kampung-kampung yang lain agar mencontohi  Kg.Mininsalu  atas kejayaan menganjurkan aktiviti yang berfaedah dan memanfaat kepada penduduk.

Menurut Datuk Jonathan, inisiatif sesebuah kampung untuk merancang program sempena sambutan Hari Kemerdekan dan Hari Malaysia adalah atas kebijaksanaan dan idea daripada kepimpinan peringkat kampung ke arah menyemarakkan lagi suasana sambutan sekaligus mempupuk semangat patriotisme dikalangan penduduk khususnya generasi muda agar mengargai perjuangan pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara daripada kuasa asing.

“Gandingan mantap antara kepimpinan kampung (JPKK), Ketua Kampung, Persatuan Belia dan NGO adalah penting dipupuk diperingkat kampung tanpa dibatasi kaum, agama dan idologi politik”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap merasmikan Karnival Merdeka peringkat Kg.Mininsalu pada Sabtu.

Jonathan juga memuji komitmen para penderma darah kerana tampil menderma bagi membantu keperluan bekalan kepada  tabung darah hospital Ranau yang sentiasa memerlukan lebih 100 paint darah sebulan  melibatkan ibu lepas bersalin, penyakit Tallesmia dan mereka yang terlibat dengan kemalangan.

Beliau seterusnya mengumumkan sumbangan peruntukan berjumlah RM5 ribu untuk kos melengkapkan atap zink Pondok Perniagaan penduduk Kg.Mininsalu.

Turut berucap mewakili penduduk berterima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan ke majis itu ialah, Pengerusi JPKK Kg.Mininsalu, Kuiky Gimbur manakala hadir sama ialah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Karanaan, Rosdi Abd.Ghani, Ketua Kampung Kg.Mininsalu, Masutin Unggau dan staf Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Pelbagai acara telah diadakan sepanjang  tiga hari Karnival itu (8-10 September)  termasuklah, Kejohanan Sukan BolaTampar Wanita, Kempen Derma Darah, Pameran Dan Jualan hasil pertanian, Kraftangan Tempatan, ‘Walai Kitompu’ (Rumah Berhantu), ‘Milokud Longon’ (Gusti Tangan), Persembahan Tarian Kebudayaan ‘Sumirid’ dan Paluan Gong Merdeka.

Kempen derma darah yang dijalankan oleh Pegawai dan kakitangan Tabung Darah Hospital Ranau, telah berjaya mengumpul  14 paint darah sumbangan daripada orang ramai  yang layak menderma.

             

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN