27.7 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ILP Labuan diwartakan sebagai Pusat Kuarantin Covid 19

OLeh: JD

LABUAN: Jawatankuasa Gerak Kerja Pengurusan Covid 19 Labuan telah mewartakan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan sebagai Pusat Kuarantin Covid 19 Wilayah Persekutuan Labuan.

Perkara itu telahpun dipersetujui oleh jawatankuasa tersebut selepas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang mengadakan lawatan ke pusat itu baru-baru ini yang mencadangan agar beberapa buah bangunan kerajaan di sini di wujudkan sebagai Pusat Kuarantin Covid 19.

SEMBURAN…..seorang kakitangan Jabatan Kesihatan ketika melakukan semburan nyah cemar di salah sebuah bilik bangunan ILP yang akan dijadikan Pusat Kuarantin Covid 19.

Difahamkan bangunan ILP yang terletak di Kampung Sungai Bangat itu telahpun dilengkapi dengan 40 buah katil bagi menempatkan pesakit PUI (orang yang disyaki) Covid 19 bermula hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jawatankuasa Gerak Kerja Pengurusan Covid 19 Labuan juga telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sanitasi (nyah cemar) di beberapa kawasan berisiko tinggi di sekitar Labuan.

NYAH CEMAR.. anggota JBPM dan Jabatan Kesihatan ketika melaksanakan nyah cemar di dalam bangunan UTC.

Antara kawasan yang telah dikenal pasti untuk proses sanitasi (nyah cemar) itu ialah kawasan UTC/Terminal Bas/dan Teksi, kawasan Jalan Ujung Pasir/Jalan Merdeka, kawasan Jalan Jati/Jalan Kemajuan, kawasan Jalan Bunga Melati/Jalan Muhibah, kawasan Jalan OKK Awang Besar/Jalan Bunga Kenanga, Jalan Merdeka/Surau Nur Islam Sri Ganti/Siswazah Conner dan Terminal Feri Penumpang Aantarabangsa Labuan serta kawasan Public Bank/Terminal Feri Kenderaan, Hong Leong Bank dan Jalan Bahasa.

Kesemua kawasan terlibat akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di kawasan UTC/Terminal Bas dan Teksi yang telahpun dilaksanakan pagi tadi.

Proses sanitasi itu akan di lakukan oleh pasukan Hazmat dan CBRNe, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Perbadanan Labuan, Jabatan Kesihatan Negeri dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Difahamkan lebih 60 anggota terlibat melaksanakan proses sanitasi mengunakan semburan pembasmi kuman bagi memastikan orang awam terhindar daripada jangkitan wabak Covid 19. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN