ADVERTISEMENTspot_img

Ikrar Kepimpinan Merentas Sempadan: Dua Tokoh Keningau Turut Warnai Pentas Persatuan Kantonis Malaysia

ALBUM – Kapitan Anthony ( kanan) bersama Datuk Peter (dua kiri) merakamkan momen indah bersama Datuk Susan semasa majlis tersebut.

Oleh: Paul Ukau

KOTA KINABALU: Di sebalik lafaz ikrar yang mengikat amanah, tersirat makna lebih besar tentang kepimpinan, kebersamaan dan kekuatan jaringan persatuan yang merentasi sempadan geografi.

Majlis Angkat Sumpah Jawatankuasa Penggal Pertama 2026–2028 Persatuan Kantonis Malaysia (The Cantonese Association of Malaysia), dipimpin Presidennya, Datuk Susan Wong, berlangsung di Hotel Sheraton Kota Kinabalu, baru-baru ini, dengan turut dihadiri dua tokoh masyarakat dari pedalaman Keningau.

Mereka ialah Presiden Persatuan Hakka Keningau merangkap Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Keningau serta Pengerusi The Chong’s Clan Association Keningau Sabah, Kapitan Anthony Chong Kong Ming dan Pengerusi Pertubuhan Sze Yin Keningau, Datuk Peter Ma.

Kehadiran kedua-dua tokoh itu bukan sekadar memenuhi ruang sebuah majlis rasmi, sebaliknya membawa bersama denyut kepimpinan masyarakat Keningau ke pentas yang menghimpunkan kekuatan Persatuan Kantonis Malaysia.

Sesungguhnya, perpaduan tidak mengenal jarak dan kepimpinan tidak terkurung oleh sempadan wilayah. Ia berakar daripada kepercayaan, tumbuh melalui kebersamaan dan terus hidup apabila amanah dipikul dengan penuh kesedaran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN