TOKOH MAHRAJAN…Haji Mohd Amin Hj Muin menerimah anugerah disampaikan oleh Mohd Arifin sambil disaksikan oleh kenamaan lain.
MEMBAKUT: Penulis veteran, Haji Mohd Amin Hj Muin antara empat karyawan diberikan Anugerah Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara, Sabah Ke-14 di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping pada malam Sabtu.
Beliau menerima Anugerah Bagi Peringkat Daerah Membakut.
Penerima kedua Karim Gullam dari Tenom yang menerima Anugerah Peringkat Sabah manakala Haji Amiruddin Md Ali Hanafiah dari Johor, Penerima Anugerah Peringkat Malaysia.
Dr Helvy Tiana Rosa dari Indonesia pula Penerima Anugerah Peringkat Nusantara.
Kesemua mereka menerima masing-masing menerima wang tunai RM5,000 dan Sijil Penghargaan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif menyampaikan anugerah itu kepada semua pemenang pada Majlis Penutupan program itu.

Haji Mohd Amin (kiri) bersama replika cek bernilai RM5,000 dan Sijil Penghargaan sumbangan MUIS. Turut menerima anugerah ialah Dr. Helvy (gambar atas) dari Indonesia, Haji Amiruddin (tengah) dari Johor dan Karim (gambar bawah) dari Tenom, Sabah.
Ketika berucap pada majlis penutupan yang berlangsung empat hari bermula 28 Okt hingga 31 Okt 2026 itu beliau berharap program ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Mohd Arifin berkata orogram yang sudah masuk tahun ke-14 itu adalah wadah percembahan ilmu dan tempat pertemuan golongan penulis dari nusantara terutama dari negara-negara Asean.
Turut berucap pada majlis itu,Pengerusi Penganjur yang juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Datuk Awang Juri Wang Tahir.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Ramlà n Ali, Konsul Agung Brunei Darussalam, Puan Dayang Fauzana Octava Alli, Konsul Agung Indonesia di Sabah, Bapak Norman Effendi, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Hazami Jahari, Pengarah DBP Sabah, Puan Jennitah Noordin, Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Haji Abidin Marjan, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan orang ramai.
Pelbagai acara diadakan pada majlis penutupan itu antaranya Persembahan Khas Sastera, Persembahan Nasyid Kumpulan Pesona, Penyampian Bantuan Kerajaan Sabah, Sumbangsih Bahasa dan Sastera Sabah ( SELASIH) kepada persatuan-persatuan penulis dan Penyampian Hadiah Khat Spontan Borneo.
Acara kemuncak pada malam itu ialah Penyampian Anugerah Tokoh Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara, Sabah Malaysia kali ke-14.



