Trinil ketika memberikan taklimat kepada Hannah sambil diperhatikan Mohd Husni.
LABUAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannsh Yeoh melakukan tinjuan ke Empangan Air Bukit Kuda sempena lawatan kerja beliau ke Labuan pada Sabtu.
Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Mohd. Husni Mohd Salleh, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.
Hannah berkata tinjuan tu bertujuan intuk memastikan pelaksanaan kerja kerja menaik taraf dan pembaikan empangan tersebut berjalan lancar serta memastikan keselamatan pengguna bekalan air sentiasa diberi perhatian sewajarnya.
Katanya, empangan Air Bukit Kuda merupakan salah satu infrastruktur penting dalam sistem bekalan air di Labuan.
“Sebab itulah usaha menaik taraf dan membaik pulih empangan berisiko tinggi ini amat penting bagi memastikan Keselamatan struktur meningkatkan operasi serta menjamin kesinambungan bekalan air kepada penduduk setempat “, katanya.
Hannah turut mendengar taklimat mengenai Empangan Air Bukit Kuda dan sistem bekalan air kepada pengguna oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Labuan, Trinil Indah Puspita Hennry Sujoto.
Dalam pada itu beliau meminta Jabatan Bekalan Air Labuan mengenal pasti punca gangguan, meneliti kelemahan sistem rawatan dan agihan serta menyediakan tindakan susulan yang jelas bagi mengurangkan gangguan bekalan air.
“Apabila bekalan air terganggu, banyak urusan harian keluarga turut terjejas. Saya faham kesulitan yang dihadapi rakyat Labuan dan masalah ini perlu diberikan perhatian serius.
“Bagi rakyat Labuan, yang penting bukan berapa banyak air tersimpan di empangan tetapi sama ada air sampai ke rumah mereka tanpa gangguan. Bekalan air ialah keperluan asas. Masalah yang berulang mesti ditangani dengan lebih berkesan”, katanya.



