27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Idris, Ismifarizal muncul juara Golf Jemputan Media Labuan 2024

IDRIS menerima hadiah daripada Jainudin

LABUAN: Idris Mohamad dan Ismifarizal Mohammad Ishak masing masing muncul juara bagi kategori Gross VIP dan Jemputan   pada Pertandingan Golf Tahun Baharu Jemputan Media 2024 yang diadakan di padang Labuan International Golf Club (LIGC) pada Sabtu.

Pada pertandingan 18 lubang itu, Idris Mohamad  yang beraksi pada Kategori VIP berjaya mencatatkan 82 pukulan sekaligus menewaskan 15 pemain VIP yang lain.

Naib juara bagi kategori VIP dimenangi oleh Datuk Hung How Kiong  yang mencatatkan 88 pukulan  dan tempat ketiga dimenangi oleh Taufik Ali yang mencatatkan 91  Pukulan.

JAFAR menyampaikan hadiah kepada Ismifarizal yang menjuarai kategori Gross Jemputan Media.

Manakala bagi Gross jemputan, juara dimenangi Mohd Ismifarizal selepas mencatatkan 89 pukulan, naib johan dimenangi oleh Roslee Karim (90 pukulan) dan tempat ketiga  Mohd Alif Datuk Gapilin (92 pukulan).

Sementara itu, Mohd Helmi Bali muncul juara bagi kategori Nett selepas mencatatkan 70 pukulan dua bawah par, naib johan dimanangi Mohd Faizal Basiah (71  pukulan dan tempat ketiga dimenangi Hisyam Tajudin  denganmencatatkan 71 pukulan (OCB).

Juara keseluruhan dimenangi oleh Ustaz Saiful Mukhorom yang mencatatkan 69 pukulan bawah tiga par.

GOLF MEDIA… para peserta merakamkan gambar kenangan sebelum pertandingan bermula.

Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai yang masing masing disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, Jafar Esteban.

Seramai 40 pemain yang melibatkan 16 pemain jemputan VIP dan 24 pemain jemputan media yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi rakan strategik Persatuan Penggiat Media Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN