26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ice Bear Shoe Master kembangkan perniagaan ke Labuan

TELITI… SEAH meneliti kasut yang sudah dibersihkan sebelum diserahkan kepada pelanggannya.

LABUAN: Sebuah syarikat francais   Ice Bear Shoe Master yang memfokaskan perniagaan membersih kasut dan membaik pulih kasut rosak  yang baharu sahaja  beroperasi  pada Mac tahun lalu  di Publika, Jalan Dutamas 1, Solaris Damansara, kini syarikat itu telah mengembangkan perniagaannya di Labuan.

Menurut pengasas syarikat itu, Ceyone  Sia yang juga seorang usahawan muda yang kreatif dan berinovasi menjelaskan Ice Bear Shoe Master merupakan jenama baharu di Malaysia  yang  kedua di buka  di Labuan.

Katanya, syarikat yang mula beroperasi pada Julai itu  menawarkan pelbagai  perkhidmatan   berkaitan kasut daripada yang berjenama sehingga sederhana dan tidak  berjenama mampu dibersihkan dan dibaiki menggunakan  mesin khas  khusus membersihkan dan mencantikkan semula kasut seperti baharu.

SEAH….memerhatikan keadaan kasut sebelum dibersihkan atua diubahsuai sambil diperhatikan dua pembantunya.

Selain itu katanya, Ice Bear Shoe Master  turut menyedaikan perkhidmatan yang sama bagi beg  tangan wanita dan topi.

Seah , 29 yang berasal dari Johor telah berjaya mencipta jenama Ice Bear Shoe Master  dengan penuh keyakinan bahawa perkhidmatan  ini bukan sahaja di nantikan oleh orang ramai, tetapi juga suatu perniagaan yang dapat memberikan penjimatan kepada orang ramai.

“Ramai pengguna yang mempunyai kasut berjanama mahal yang boleh dibaik pulih, tetapi mereka tidak tahu kemana untuk diperbaiki dan selalunya kasut mereka hanya tersimpan di almari kasut atau ada yang membuang begitu sahaja” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya di Tingkat Satu Bangunan Paragon, di sini, baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan  secara purata jumlah kasut yang diterima setiap hari antara 10 hingga 20 pasang kaut untuk dibersihkan termasuk untuk pengubahsuai dan pengubahan warna.

Seah berkata, berdasarkan sambutan yang begitu menggalakkan , beliau bercadang untuk mengembangkan perniagaannya ke Miri, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan bandar bandar utama di Semenanjung  secara berperingkat bermula awal tahun depan.

Sebelum ini Seah telah menjalankan perniagaan yang sama melalui dalam talian sealain  pergi dari rumah ke rumah sebelum beralih dengan lebih serius iaitu membuka  francais jenama Ice Bear Shoe Master.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN