25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ibu bapa Muhammad  Afzar Risqi, rakam penghargaan dan terima kasih

TERIMA KASIH…Roslin menerima Kerusi Roda untuk anaknya Muhammad Afzar (duduk), disampaikan Souziah (dua kanan) diperhatikan Nurnia ( kanan) dan Hajimin.

RANAU: Ibu bapa adik, Muhammad  Afzar Risqi 8,  Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kg.Lagkau, merakam penghargaan dan ucapan terima kasih atas simpati daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin kerana menghulurkan bantuan sebuah Kerusi Roda kepada Muhammad Afzar.

Adik Muhammad Afzar, merupakan anak kelima daripada enam orang beradik disahkan oleh Doktor mengalami fizikal Orang Kelainan Upaya sejak lahir menyebabkan tidak dapat bergerak secara normal.

“Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada insan ‘Prihatin’ seperti Datuk Jonathan tampil menghulurkan sumbangan kerusi roda ini untuk anak kami”,jelas Roslin Kinsion, ibu Muhammad Afzar.

Kerusi Roda tersebut telah disampaikan oleh Penyelaras Wanita DUN Karanaan, Souziah Binti Mainin mewakili Datuk Jonathan, disaksikan  Ketua Wanita PDM Randagong, Nurnia Karimin dan Hajimin Abdullah (suami Roslin).

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN