30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

HUBUNGI TALIAN 997 JIKA TERKENA SCAM

KOTA KINABALU: Pengguna di negeri ini yang menemui sebarang cubaan penipuan melalui panggilan telefon, mesej dan tawaran di media sosial diminta segera melaporkan sebarang aktiviti penipuan siber dengan mendail talian hotline 997.

Talian berkenaan dikendalikan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) yang ditubuhkan pada Oktober lalu bagi mengekang dan membanteras kegiatan penipuan siber.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata, mana-mana pengguna yang berasa mereka mungkin telah terperdaya dan telah membuat transaksi kewangan secara perbankan dalam talian atau secara manual di ATM boleh menelefon segera talian 997 supaya pengawai bertugas di call centre tersebut mengambil tindakan untuk menyekat akaun.

“Mangsa perlu memberikan maklumat berkaitan insiden penipuan siber yang dialami semasa menghubungi pihak bank atau NSRC.

“Ini termasuk maklumat komunikasi antara mangsa dengan suspek dan maklumat transaksi yang membawa kepada mangsa ditipu seperti nombor akaun dan nama bank mangsa dan suspek serta jumlah dana yang terlibat, katanya dalam satu kenyataan media mengenai scammer.

Tambah beliau, talian itu dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam.

“Talian 997 itu adalah alternatif kepada orang awam selain talian khusus bank masing-masing yang akan beroperasi 24 jam” kata David.

Tindakan segera menghubungi pihak bank atau NSRC adalah sangat penting bagi membolehkan tindakan menyekat pengeluaran wang mangsa selanjutnya daripada sistem perbankan tambahnya.

Pada pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pusat panggilan itu akan menerima geran operasi sebanyak RM10 juta untuk penambahbaikan sistem dan perkhidmatan.

NSRC ialah usahasama antara Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.

NSRC memfokuskan kepada penipuan kewangan dalam talian, termasuk penipuan pancingan data, Macau Scam, penipuan serangan perisian hasad, penipuan penghantaran pakej atau bungkusan dan penipuan cinta.

Sentiasa membuat semakan yang diperlukan untuk mengesahkan fakta apabila dihubungi pihak tersebut. Hubungi NFCC di talian 03-88613830, polis di 03-26101222 dan BNM di 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut mengenai NSRC,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang NSRC untuk pertanyaan.
Pengguna yang mahu membuat aduan kepada Kementerian boleh melakukannya melalui pelbagai saluran.

Mereka boleh melayari e-aduan@kpdnhep.gov.my, menghubungi talian 1800 886 800, email ke e-aduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, pusat penguatkuasaan di 03-88826245/6088.

Pengguna juga boleh menghubungi 03-80008000, WhatsApp 019-2794317 atau pergi ke cawangan KPDNHEP berhampiran di seluruh negara.

Untuk Sabah, bilik operasi KPDNHEP di Kota Kinabalu boleh dihubungi di 088-484368, manakala di Sandakan di 089-668107; Tawau (089-776690); Tuaran (088-787822); Kudat (088-615311); Keningau (087-338400); Lahad Datu (089-886090); Semporna (089-782866); dan Beaufort (087-222240).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN