24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hotel Tiara Labuan kekalkan status hotel bertaraf Lima Bintang.

TAHNIAH…Khairul menyampaikan sijil penerafan hotel Lima Bintang kepada Eugene (kanan) sambil disaksikan Chai Tze Kee.

LABUAN: Hotel Tiara Labuan terus mengekalkan status sebagai hotel bertaraf lima Bintang dibawah kategori hotel Resort.

Majlis penyerahan sijil pengiktirafan ‘Lima Bintang’ bagi tahun 2024-2027 itu telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Kementerian Pelancongan, Seni  dan Budaya (MOTAC) Wilayah Persekutuan Labuan, Khairul Amin kepada Pengurus Hotel Tiara Labuan, Eugene Wong pada majlis Star Rating Ceremony yang diadakan di hotel itu baru baru ini.

Kali pertama Hotel Tiara Labuan menerima pengiktirafan hotel Lima Bintang kategori Resort ialah pada Ogos  2022.

Khairul ketika berucap pada majlis itu berkata, pengiktirafan hotel Lima Bintang itu secara tidak langsung membantu meningkatkan industri pelancongan pulau ini.

“Pengiktirafan ini sah laku sehingga Oktober 2027 dimana pihak MOTAC akan melaksanakan pemantauan dari masa kesemasa bagi memastikan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel mencapai piawan yang dikehendaki mengikut kesesuaian lokasi premis” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus Urusan Hotel Tiara Labuan, Chai Tze Kee, Pengarah Lembaga Tiara, Colin Seah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN