Anak anak asnaf yang diraikan bersama Wiliam (duduk tiga dari kiri) dan Chai Tze Khee ( duduk dua dari kanan)
LABUAN: Hotel Lazenda Labuan tidak mahu ketinggalan untuk meraikan anak anak asnaf dari Pusat Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan untuk majlis berbuka puasa yang diadakan di salah satu restoran hotel berkenaan, pada Rabu.
Kehadiran anak anaf asnaf itu disambut oleh pihak pengurusan hotel berkenaan dalam suasana harmoni dan kasih sayang.
Selain diraikan dalam jamuan berbuka puasa, anak anak aznaf ini turut menerima duit raya dan cendera hati yang masing-masing disampaikan oleh Pengarah Hotel Lazenda, William Chin dan Chai Tze Khee.
Terdahulu Pengurus Operasi Hotel Lazenda, Irene Florentius ketika berucap pada majlis itu berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lazenda Hotel.
“Kami percaya kejayaan bukan sahaja diukur melalui pencapaian perniagaan tetapi juga melalui keprihatinan dan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan”, katanya.
Jelasnya, bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan dan peluang terbaik untuk mereka berkongsi rezeki serta menyuntuni golongan yang memerlukan.



