30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hospital Nabawan dilaksanakan dalam RMKe-17: James

JAMES (tengah) berbual sesuatu dengan Adun Nabawan dan Kemabong, sebelum persidangan bermula

KOTA KINABALU: Perancangan untuk menubuhkan fasiliti Hospital Nabawan telahpun dimasukkkan dalam Pelan Induk Perancangan Fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2023 – 2045.

Menteri Pembnagunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James bin Ratib berkata, Perancangan tersebut dibuat untuk dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ketujuh Belas (RMKe-17).

Buat masa ini, katanya, rawatan bagi pesakit di daerah Nabawan diberikan melalui fasiliti Klinik Kesihatan Nabawan sedia ada iaitu Klinik Jenis 4 yang berfungsi sebagai pusat rujukan utama bagi klinik-klinik lain di sekitar daerah Nabawan.

“Pada tahun 2019, skop perkhidmatan Klinik Kesihatan Nabawan telah diperluaskan dengan penambahan Unit Hemodialisis selain daripada Perkhidmatan Pesakit Luar (OPD), Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak (MCH), Perkhidmatan Kecemasan, Perkhidmatan Radiologi (X-ray), Perkhidmatan Makmal Kesihatan Primer, Perkhidmatan Farmasi, Perkhidmatan Pemakanan dan Perkhidmatan Jurupulih Perubatan.

“Bagi memastikan perkhidmatan rawatan yang konsisten sistem kerja syif telah diperkenalkan di Unit Kecemasan dan Ruang Pemantauan Pesakit sejak tahun 2017 bagi membolehkan perkhidmatan diberikan secara 24 jam.

“Sistem ini dilaksanakan untuk memudahkan penduduk di daerah Nabawan mendapatkan rawatan kecemasan pada bila-bila masa,” katanya.

James yang juga ADUN Sugut berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin yang bertanya, adakah kerajaan akan mencadangkan supaya Klinik Kesihatan Nabawan dinaiktaraf kepada Hospital Nabawan, kerana populasi di daerah Nabawan pada ketika ini sudah meningkat berbanding dahulu.

Selain itu, tambah Abdul Ghani, jarak ke hospital berhampiran jauh dan juga mempunyai populasi yang ramai dan padat.

James menambah, sebagai makluman tambahan, pesakit akan dirujuk ke Hospital Keningau sekiranya perlu dirujuk ke Hospital Pakar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN