Mohd Rafi ketika menziarahi pesakit di Hospitsl Labuan, baru baru ini,
LABUAN: Hospital Labun perlu dinaik taraf dengan kadar segera bagi rmeningkatkan kemudahan kelengkapan yang sedia ada bagi memberi keselesaan kepada pesakit.
Gesaan itu dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hasan yang baru baru ini menziarahi beberapa pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.
“Maklum balas dari pesakit yang sempat saya ziarah menzahirkan rasa kurang selesa… ramai pesakit kepanasan kerana wad dihospital tidak mempunyai penghawa dingin… sehingga ada pesakit terpaksa membawa kipas sendiri dari rumah.
“Situasi sebegini amat menyedihkan kerana pesakit seharusnya diberikan persekitaran yang selesa bagi mempercepatkan proses pemulihan mereka” katanya dalam hantaran di Facebook.
Justeru itu Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan menggesa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan peruntukan khusus dalam RMK-13 bagi menaik taraf hospital Labuan dengan keutamaan pemasangan penghawa dingin disetiap wad hospital berkenaan.
“Seingat saya, perkara ini pernah disuarakan pada zaman Kerajaan Barisan Nasional dahulu dengan cadangan peruntukan kira-kira RM10 juta, namun sehingga kini ia masih belum direalisasikan”, katanya.
Dalam pada itu, Mohd Rafi turut menyeru kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar melihat perkara ini dengan serius dan memberikan keutamaan supaya rakyat Labuan dapat menikmati kemudahan rawatan yang lebih baik, selesa dan setara dengan hospital lain di seluruh negara.



