31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

HINA UNDUK NGADAU, PERMOHONAN MAAF TIDAK MENYEMBUHKAN LUKA YANG ADA: JAMES BAGA

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

KOTA BELUD, 19 Jun – Kenyataan seorang peguam yang mengundang kontrovesi seterusnya menimbulkan kemarahan pelbagai pihak baru-baru ini turut mendapat perhatian Pertubuhan Tindal Bersatu Sabah (USTO)

Presidennya James Baga (gambar) berkata, kenyataan peguam Marcel Jude Joseph menganggap pertandingan Unduk Ngadau sama seperti pertunjukan lembu untuk dilelong adalah perbuatan jijik dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, sebagai penguam veteran, Marcel sepatutnya menghormati nilai-nilai budaya dan adat resam bangsa KDMR yang ditonjolkan melalui penganjuran Pesta Kaamatan saban tahun.

“Kenyataan Marcel Jude ini membawa pengertian seolah-olah gadis-gadis KDMR yang menyertai Pertandingan Unduk Ngadau itu tidak mempunyai maruah dan tidak ubah seperti haiwan-haiwan yang dipamerkan untuk jualan lelong.

“Marcel Jude telah melukai perasaan KDMR. Dia telah sengaja menjatuhkan maruah dan intergriti bangsa KDMR yang terkenal dengan adat resam murni serta mempunyai keunikan budaya yang diwarisi turun temurun,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, USTO mengesa semua bangsa KDMR bersatu tampil ke depan tanpa mengira fahaman politik dan anutan agama untuk mengheret Marcel Jude ke muka pengadilan melalui Mahkamah Anak Negeri untuk dihukum mengikut adat istiadat sedia ada.

Menurutnya, sekalipun Marcel Jude telah memohon maaf namun itu bukanlah satu penyelasaian tuntas kerana ianya tidak dapat menyembuh luka yang ada. Kalau sembuh sekalipun namun parutnya tetap kekal kelihatan sepanjang hayat

Justeru, USTO berharap agar Mahkamah Anak Negeri menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan penghinaanya ini supaya menjadi teladan dan pengajaran kepada mana-mana pihak yang berniat menghina sesuatu bangsa.

“Setiap suku atau etnik yang diwakili oleh peserta Unduk Ngadau berhak mengemukakan saman dan menuntut sogit paling kurang satu ekor kerbau bersama gong seperti keputusan MAN Kota Marudu ke atas seorang bangsa Pakistan yang dikenakan denda lapan ekor kerbau dan lapan gong atas kes menghina.

“Bangsa KDMR bangsa yang bertamadun dan berdaulat. Inilah masa yang terbaik untuk menunjukkan kepada dunia bahawa bangsa KDMR sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankan adat dan budaya. “Pepatah Melayu mengatakan Biar mati anak jangan mati adat. Biar putih tulang jangan putih mata,” tegas James. -BDB

https://www.borneodailybulletin.com/peguam-mohon-maaf-samakan-unduk-ngadau
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN