23.8 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hasrat menawan puncak Gunung Kinabalu bertukar tragedi, meninggal dunia ketika mendaki

Mangsa diusung untuk turun ke Timpohon Gate -:Foto Ihsan Bomba

RANAU: Hasrat seorang warga emas untuk menawan puncak Gunung Kinabalu bertukar menjadi tragedi apabila meninggal dunia ketika mendaki, semalam.

Mangsa lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Kilometer 5.5 Gunung Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang.

Katanya, sejurus menerima panggilan sepasukan pegawai dan anggota termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MoSAR) bersama malim gunung dan anggota ParkSAR dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri kemudian dibawa turun menggunakan ke Timpohon Gate menggunakan ‘robinson stretcher’.

“Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan pada jam 8.03 malam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN