30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hari ketiga operasi SAR, mangsa akhirnya ditemukan lemas di sungai.

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Lelaki tempatan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di Sungai Kogibangan dekat Kampung Bitoon di sini pada Ahad lepas ditemukan lemas hari ini.

Mangsa, Junaidi Jaukan, 32, ditemukan penduduk kampung dan pasukan penyelamat dalam keadaan terapung di Sungai Liwagu dekat Kg.Miruru jam1.30 petang, kira-kira 25 kilometer (KM) dari lokasi mangsa mula-mula dilaporkan hilang.

Mangsa ditemukan terapung oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat di Sungai Liwagu (Kolowoton), dekat Kg.Miruru.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Polis (DSP), Sammy Newton ketika mengesahkannya berkata, pihak keluarga mangsa telah dipanggil untuk membuat pengecaman.

“Pengecaman awal pihak keluarga telah dibuat berdasarkan pada pakaian dan ciri-ciri fizikal mangsa. Mayat seterusnya dibawa  ke Hospital Ranau untuk bedah siasat.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya kepada  media petang tadi.

DSP Sammy Newton-Ketua Polis Ranau

Terdahulu, pada 06 Januari, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau telah menerima laporan daripada penduduk Kg.Bitoon yang melaporkan seorang lelaki hilang dikhuatiri lemas di Sungai Kagibangan.

Katanya, mangsa dipercayai keluar rumah pada 05 Januari tanpa memaklumkan kepada ahli keluarganya.

Bimbang akan keselamatan mangsa yang belum pulang, ahli keluarga bersama penduduk kampung telah bertindak mencari mangsa.

“Ketika usaha mencari giat dijalankan, penduduk kampung telah menemukan motosikal milik mangsa berhampiran Sungai Gogibangan, Bitoon.

“Turut ditemui sepasang selipar  dipercayai milik mangsa di tepi sungai berkenaan,” katanya.

DSP Sammy turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan bertungkus lumus sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sehingga mangsa ditemukan.

Ridwan Mohd Taib-Ketua Balai Bomba & Penyelamat Ranau

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Peyelamat  (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, operasi SAR yang memasuki hari ketiga pencarian berhasil apabila jasad mangsa dipercayai Junaidi Jaukan berjaya ditemukan.

“Pada jam 01.29 petang, BBP Ranau telah menerima laporan daripada  anggota bomba yang sedang bertugas dalam operasi itu, PBK II, Wasli Saupin, mengatakan seorang lelaki disyaki mangsa yang dilaporkan hilang di Kg.Bitoon telah ditemukan terapung di sungai dekat Kg.Miruru oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi  SAR ditamatkan pada jam 3 petang,” kata Ridwan.-TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN