ADVERTISEMENTspot_img

Hari Keluarga PAPIM disambut meriah

TERBAIK…Arifin bersama AJK Tertinggi PAPIM menunjukkan isyarat bagus selepas perasmian.

MEMBAKUT: Hari Keluarga Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak- Anak Pimping di Pantai Barat di Pantai Kg Pimping Membakut disambut dengan meriah.

Acara yang bermula seawal jam 7 pagi itu dan berakhir jam 4:30 petang itu dimulakan dengan senaman arobik, dikuti sukaneka, boling kelapa, sukan tradisi Mengurit (mencari dalus) dan Melastik.

BERUCAP…Mohd Arifin berucap pada majlis itu.-:Foto Pengiran Osman Pg Ismail

Acara yang diselang seli dengan cabutan bertuah yang menyediakan lebih 50 buah barangan elektrik, hamper dan sebuah telefon bimbit dan pertandingan karaoke kanak- kanak dan ahli-ahli PAPIM itu dihadiri oleh lebih 200 ahli PAPIM dan keluarga mereka yanh datang jauh dari Kota Kinabalu, Papar dan dari kampung Pimping sendiri.

“Acara yang julung kali diadakan ini amat berjaya dan meriah sekali,” kata Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong.

SIJIL KEAHLIAN…Mohd Arifin menyampaikan sijil keahlian utk semua ahli-ahli PAPIM kepada Hj Ahmad Dipong.

Beliau amat berterima kasih kepada Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi yang juga ADUN Membakut, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif kerana sudi merasmikan acara penutupan program itu.

Haji Ahmad juga mengucapkan terima kasih kepada Penaung PAPIM itu serta orang-orang perseorangan yang menghulurkan sumbangan untuk menjayakan program silatulrahim dan santai-santai itu.

BANTUAN ..Haji Ag Damit Aspar salah seorang ahli PAPIM menerima bantuan kebajikan

Mohd Arifin ketika berucap pada majlis itu berharap program seumpama itu dapat diteruskan disamping menganjurkan aktiviti-aktiviti lain untuk faedah ahli-ahli persatuan itu.

Pada majlis itu beliau sekali lagi mengumumkan rancangan pembinaan Kompleks Sukan Membakut bernilai RM13 juta, pembinaan semula Dewan Masyarakat Membakut bernilai RM6 juta dan penubuhan Majlis Daerah Membakut yang akan bermula tahun depan.

BAJU PAPIM…Mohd Arifin memakai baju PAPIM untuk melakukan acara penutupan dengan Melastik Tin kosong yang disediakan.

Pada majlis itu Mohd Arifin menyampaikan sumbangan kebajikan kepada empat orang ahli dan ibu bapa ahli PAPIM yang menghadapi masalah kesihatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN