Nasimin (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.
RANAU: Majlis Hari Keluarga landasan memperkukuhkan Perpaduan, Persaudaraan serta memupuk Keharmonian berkekalan dikalangan ahli keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas (JKPK) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen P.179 Ranau, Yang Berhormat Datuk Jonathan Yasin berkata, Hari Keluarga yang dianjurkan sesebuah rumpun keluarga adalah amat penting bagi memberi peluang setiap ahli keluarga untuk mengenali antara satu sama lain serta berintraksi secara positif dikalangan ahli keluarga yang mungkin terpisah jauh mengikuti keluarga masing-masing.
“Justeru majlis seumpama ini juga amat penting untuk mengelakkan daripada berlaku perkahwinan yang sebenarnya mereka adalah bersaudara atau adik beradik.
“Tetapi disebabkan mereka tidak kenal-mengenali antara mereka lebih awal maka terjadilah hal sedemikian yang sepatutnya perlu dielakkan”, jelas Jonathan ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Keluarga Pisompuruan Aki Kaunda (PISAKA) 2024 di Dewan Marandawi Kg.Tungou Ranau pada Sabtu.
Jonathan memuji Jawatankuasa penganjur majlis itu yang disifatkannya sebagai titian persaudaraan berkekalan dikalangan anggota keluarga tanpa membezakan kaum, fahaman agama dan idologi politik.

KENANGAN…Sebahagian ahli keluarga PISAKA merakam gambar selepas majlis.
Beliau juga menyarankan supaya PISAKA didaftarkan kepada pihak Ros untuk memudahkan penyaluran bantuan dana daripada pihak kerajaan atau agensinya.
Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa PISAKA, selaku Pengerusi Pelaksana majlis yang diadakan itu, Nasimin Yantangon dalam ucapanya, mewakili keluarga PISAKA merakam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Jonathan kerana sudi hadir seterusnya merasmikankan majlis yang diadakan kali yang ke-5 itu.
“Kehadiran YB Datuk Jonathan Yasin ke majlis ini sebagai satu suntikan semangat dan motivasi kepada keluarga PISAKA untuk terus memantapkan hubungan kekeluargaan”, jelas Nasimin sambil berterima kasih atas sumbagan kewangan Jonathan bagi membiayai majlis yang diadakan.
Turut hadir dan berucap ialah,mantan Ketua Kampung, selaku PenasIhat PISAKA Kg.Tungou, Waily Danting.
Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira 6.00 petang itu telah berjalan dengan jayanya no dengan pelbagai aktiviti seperti Sukaneka dan pertandingan Karaoke kategori kanak-kanak dan dewasa.
         Â