27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hanya pengusaha, pembantu yang lengkap dos suntikan vaksin dibenarkan kendali perniagaan.

RANAU: Hanya pengusaha, pembantu perniagaan di daerah ini yang lengkap suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan mengendali perniagaan, bermula 21 September ini.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau, Jupirin Haji Ruhimin, berkata perlaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) itu merujuk kepada keputusan kerajaan, baru-baru ini.

Beliau berkata, sejurus mendapat arahan rasmi dari kerajaan, peraturan baharu tersebut akan dikuatkuasakan oleh anggota penguatkuasa terdiri anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan dan Majlis Daerah Ranau (MDR).

Jupirin

“Sebagai langkah persediaan, pengusaha dan juga pembantu perniagaan yang masih belum mendapat suntikan vaksin diseru untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan kadar segera.

“Sebagai makluman tambahan, orang ramai atau pelanggan yang belum mendapat suntikan vaksin yang lengkap juga tidak akan dibenarkan memasuki premis perniagaan apabila SOP baharu ini dikuatkuasakan,” katanya menerusi surat makluman yang diedarkan kepada pengusaha dan peniaga di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, penguatkuasaan untuk mewajibkan semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya mengambil dua dos vaksin COVID-19 dilanjutkan hingga 21 September.

Katanya, anjakan tarikh itu selaras dengan sasaran Sabah yang akan mencapai 60 peratus tahap vaksinasi COVID-19 pada tarikh tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN