26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hanya 20 Peratus Ahli KWSP Buat Caruman Secara Sukarela

PENERANGAN… Mohd Fadil (dua dari kiri) menjelaskan kepentingan caruman KWSP secara sukarela pada sesi soal jawab bersama media tempatan Sabah.

KOTA KINABALU: Hanya 20 peratus tenaga kerja membuat caruman secara sukarela kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Sabah.


Pengarah KWSP Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Fadil Sarehan berkata, peratusan yang sedikit itu adalah disebabkan beberapa faktor termasuk belum berdaftar sebagai ahli KWSP.

“Di Sabah seramai 1.3 juta pekerja masih belum berdaftar sebagai ahli KWSP manakala, faktor lain adalah disebabkan oleh cabaran geografi dan infrastruktur serta masalah persepsi yang salah terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh KWSP.


“Di KWSP kami ada perkhidmatan caruman secara sukarela dan ini ramai yang belum ketahui yang mana mana-mana individu sama ada sektor awam, swasta mahupun yang bekerja sendiri boleh membuat caruman atau simpanan ke akaun KWSP.


“Simpanan ini tiada had nilai, yang mana kalau individu itu mahu menyimpan hanya seringgit sehari pun kita benarkan dan tiada had transaksi simpanan dikenakan.


“Ini bermakna setiap ahli boleh membuat transaksi simpanan ke dalam akaun beberapa kali dalam sehari dan caruman juga boleh dibuat oleh pihak ketiga ke dalam akaun ahli.


“Sebagai contoh anak boleh menyimpan untuk bapak, bapa boleh membuat simpanan ke akaun anak, adik beradik boleh menyimpan untuk akaun abang dan ini semua dibenarkan.


“Yang menariknya perkhidmatan ini membolehkan individu seawal usia 14 tahun untuk membuka dan membuat caruman atau simpanan di KWSP.


“Semua caruman ini selamat dan terjamin walaupun individu tersebut telah diistihar muflis oleh pihak insolvensi,” katanya pada majlis EPF State Media Engagement di sini pada Rabu.


Menurut Mohd Fadil, bagi meningkatkan usaha tersebut tiga sektor buruh tidak formal akan disasarkan yang melibatkan ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional serta ahli-ahli dari Pertubuhan Peladang.


Hadir sama Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP Muhammad Shuhaili Mohd Shafie dan Ketua-ketua Cawangan KWSP Wilayah Sabah dan Labuan./ Penerangan


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN