27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hampir 10,000 warga Labuan jayakan HSN 2024 peringkat Labuan

SIMSUDIN bersama ketua  ketika merasmikan HSN 2025 peringkat Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, kelmarin.

LABUAN: Hampir 10,000 orang warga Labuan mewarnai sambutan  Hari Sukan Negara (HSN) 2024 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, kelmarin.

Pelbagai acara menarik telah diadakan termasuk Larian Madani sejauh 5 kilometer, kayuhan santai Madani sejauh 30 kilometer, acara Berjalan Ria Madani sejauh 5 kilometer dan Senamrobik Perdana.

Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Fauzi ketika ditemui media berkata, sebanyak 30 acara sukan yang disusun untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

SIMSUDIN bersama ketua Ketua Jabatan Kerajaan Dan pemimpin Sukan menyertai acara Berjalan Ria Madani HSN 2924.

Katanya, beberapa sukan lain turut diadakan   antaranya pertandingan Rugbi, Boling Padang, Bola Sepak Wanita dan Dodgeball.

Sementara itu, seramai 12 atlet Labuan yang berjaya membawa pulang pingat pada SUKMA dan pra SUKMA Labuan turut diraikan pada majlis tersebut.

Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek.

Hadir sama, Ketua Ketua Jabatan Dan agensi kerajaan, pemimpin masyarakat Dan pemimpin persatuan sukan.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN