30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Hajiji terima kunjungan JK Induk SUKMA Sarawak

Hajiji (kanan) menerima surat jemputan rasmi ke majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak daripada Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak diketuai oleh Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Khamis.

Selain memberi taklimat persiapan Sarawak, Abdul Karim turut menyerahkan surat jemputan rasmi kepada Hajiji untuk menghadiri majlis perasmian SUKMA XXI Sarawak yang akan diadakan pada bulan Ogos dan Para SUKMA yang akan diadakan sebulan kemudian.

Hajiji berkata, Sabah akan menghantar kontinjen terkuat menyertai SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak bagi memberi saingan hebat kepada negeri-negeri lain termasuk tuan rumah Sarawak.

Beliau yakin penganjuran SUKMA kali ini akan adalah dengan baik kerana Sarawak boleh melakukan yang terbaik. Sementara Abdul Karim berkata, SUKMA XXI Sarawak hanya tinggal 58 hari lagi dan segala persiapan sudah cukup teratur dengan temasya itu akan diadakan di 9 bahagian negeri Sarawak.

Katanya, Sabah merupakan negeri terakhir yang dikunjungi oleh Jawatankuasa Induk SUKMA
dan Para SUKMA XXI selepas mengunjungi semua negeri termasuk Negara Brunei Darussalam.

Rombongan Abdul Karim terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak danKesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Sri Hajah Fatimah Abdullah dan Timbalan Menterinya, Datuk Hajah Rosey Haji Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Ker, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Encik Morshidi Fredrick dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Haji Semawi Mohamad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin dan Pembantu Menterinya, Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Datuk Mansur Haji Asun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN