Yazid….Berharap KKM dapat menerima cadangan Menteri.
Oleh:Marutin Ansiung
KENINGAU:Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor Hj Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles menyokong supaya petugas masjid dan rumah ibadat lain diberikan keutamaan vaksin Covid-19.
Katanya, Ahli Jawatankuasa masjid Dan rumah ibadat adalah juga sebagai barisan hadapan.
Justeru itu katanya, mereka perlu diberi keutamaan seperti petugas-petugas barisan hadapan yang lain.
Yazid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor mengulas kenyataan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif yang mencadangkan agar Imam, bilal dan Jawatankuasa Masjid serta pemimpin dan petugas rumah ibadat lain di beri keutamaan vaksin Covid-19.
Hari ini Mohd Arifin berkata dalam salah satu akhbar tempatan, mereka (petugas masjid dan rumah ibadat lain)perlu diberi keutamaan kerana mereka merupakan petugas kumpulan barisan hadapan.
Yazid berkata, beliau berterima kasih kpd Menteri Tugas Tugas Khas itu atas perhatian dan mengambil berat terhadap peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa masjid dan rumah ibadat lain.
Pada masa sama beliau berharap agar pihak KKM dan Jawatankuasa Program Imunisasi Kebangsaan di periingkat Negeri dapat menerima cadangan tersebut dan percepatkan pemberian vaksin tersebut kepada mereka.
Jelasnya, pada masa sekarang virus Covid-19 sudah berada di persekitaran masyarakat dan perlu ditangani dengan lebih sistematik supaya tidak menular dan merebak dengan cepat.



