28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 13, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Yazid kekal sebagai Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor

Haji Yazid (duduk keempat dari kanan) bersama barisan kepimpinan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor bagi sesi 2025-2027.

KENINGAU: Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles mengekalkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor bagi sesi 2025-2027.

Yazid menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan yang diadakan bertempat di Impresso Cafe di sini baru-baru ini.

Ini adalah kali ketiga beliau memenangi jawatan itu tanpa bertanding sejak tahun 2020.

Jawatan jawatan tertinggi yang lain semuanya dimenangi tanpa bertanding menyaksikan Timbalan Pengerusi disandang oleh muka baru Mat Rahim bin Matsin, Setiausaha dan Penolong Setiausaha masing-masing disandang oleh Kamarudin Said dan Sanali Marsun (muka baru).

Sementara itu Usaid @ Kenet Haji Sukimin dipilih kali ketiga sebagai Bendahari.

Seramai 10 orang dilantik bagi mengisi jawatankuasa Masjid dalam Mesyuarat itu terdiri daripada Tuan Haji Osman Langkab, Jasri @ Uyak Jair, (Biro Pembangunan dan Ekonomi), Nurdin Zainuddin (Biro Pendidikan & Dakwah) Johari @ Dani Johari (Biro Kebajikan, Sosiol, Kebudayaan), Jubirin Richard,Jenny Aliakbar ( Biro kebersihan & Keceriaan), Mazlee Hj Majid ( Biro Penerangan & Penerbitan), Mohd
Haikal Jasri ( Biro Rekreasi & Rakan Muda), Raffe @ Teyu
Micheal ( Biro Mengimarah Masjid) dan Laila Bikolos ( Biro Hal Ehwal Wanita)

Yazid yang mengekalkan jawatan mengucapkan terima kasih kepada Ahli ahli yang hadir atas kepercayaan dan sokongan memilih beliau menerajui kepimpinan Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Beliau turut menaruh harapan ahli jawatankuasa yang terpilih dapat bekerjasama diantara satu sama yang lain.

Sambil itu, beliau juga meminta ahl-ahli jawatankuasa khususnya biro-biro dapat membuat perancangan berhubung program dan aktiviti yang perlu dijalankan.

Pada masa sama Yazid meminta kepada Masyarakat Islam di sekitar Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor terus merapatkan hubungan yang baik dengan masyarakat bukan islam.

Mengenai denga ziarah yang telah diadakan sepanjang tahun lalu beliau berkaya, ia akan diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya nanti.

“Program zairah ini adalah salah satu cara pendekatan bagi merapatkan tali silaturahim dan keharmonian dikalangan kepelbagaian budaya masyarakat di kawasan ini” jelasnya.

Sementara itu Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Daerah Keningau Mohd Nizam Yahya yang turut hadir mengucapkan tahniah kepada Ahli ahli Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Beliau amat berkeyakinan dan percaya Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor dapat diurus dengan baik oleh Jawatankuasa yang telah diberi mandat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN