27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Rithuan dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

GAMBAR: TAHNIAH… Haji Rithuan (dua kanan) menerima watikah daripada Shahidan sambil  diperhatikan Bashir (dua darri kiri), Herin dan Ibrahim.

LABUAN: Haji Rithuan Mohd Ismail dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang baharu   berkuatkuasa 1 Oktober 2022, bagi menggantikan Dr. Farry Akmal Osman yang menamatkan perkhidmtan pada Oktober 2021 yang lalu.

Pelantikan Rithuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan  diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada majlis Penyampaian Watikah Pelantikan yang diadakan di Tingkat 8, Menara Perbadanan Labuan, pagi Isnin.

Hadir sama menyaksikan majlis itu, Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan, Datin Herin Lumpisau serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Pembangunan), Ibrahim Tambi.

Sementara itu, pelantikan Rithuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang baharu adalah selaras dengan subseksyen 10(1) Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609].

Rithuan 54, merupakan anak kelahiran Labuan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Ekonomi dan Perakaunan).

Beliau yang  mempunyai 28 tahun pengalaman sebagai penjawat awam khususnya di Pihak Berkuasa Tempatan mula berkhidmat  di Lembaga Pembangunan Labuan pada tahun 1994 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan di  Perbadanan Labuan pada tahun 2001  dengan jawatan terakhir  sebagai  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan.

Terdahulu, Shahidan dalam sidang medianya berkata, Kementerian yakin Rithuan yang mempunyai pengalaman luas mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan (Perbadanan Labuan)  yang dapat memberi manfaat kepada rakyat dan kerajaan.

 “Saya bagi pihak kerajaan dan seluruh Keluarga Malaysia merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan ini dan selamat menjalankan tugas kepada  beliau” katanya.

Beliau juga turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih  kepada Dr. Fary Akmal sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN