28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Chemat Mustapha dilantik Ketua Penerangan Parti Warisan Bahagian Labuan

LABUAN: Bekas Ketua  Parti Amanah Kawasan Labuan, Haji Chemat Haji Mustapha (gambar) sah dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Warisan Bahagian Labuan  menggantikan   Salim Abdul Rahman.

Perlantikan beliau diumumkan oleh Ketua Parti Warisan Bahagian Labuan  Datuk Rozman Datuk Isli kepada wartawan Borneo Daily Bulletin (BDB) di sini, pada Isnin.

Menurut Rozman  keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat  AJK Parti Warisan Bahagian Labuan  yang  telah mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli yang hadir.

Seorang lagi bekas AJK parti Amanah, Mohammad Nazri Jumaien turut dilantik sebagai Ketua Biro Komunikasi Parti Warisan Bahagian Labuan.

Sementara itu, Haji Chemat  ketika dihubungi di sini mengesahkan  perlantikan tersebut  selepas beliau bersama beberapa rakanya menyertai parti  Warisan yang dilihat oleh beliau mampu dan berkeupayaan membawa hala tuju Labuan ke arah yang lebih baik.

“ Kami telah melihat perkembangan  semasa  beberapa parti politik  di semenanjung  dalam keadaan yang tidak menentu  yang boleh menyakinkan kami untuk menyertai parti parti berkenaan.

“Apa yang dapat kami lihat ketika ini parti parti semananjung saban hari berbalah sesama sendiri bukan sahaja untuk mendapatkan jawatan tetapi juga perebutan kerusi sekaligus  kami tidak nampak  parti berkenaan  berjuang untuk rakyat ” katanya.

Dalam waktu yang sama  Haji Chemat turut memikir siapa sebenarnya pemimpin berwibawa yang boleh menjadi bahtera dalam memimpin  dan memperjuangkan rakyat.

“Sebaliknya dalam parti Warisan kami nampak  Datuk Rozman merupakan pemimpin yang mempunyai kewibawaan bukan sahaja dalam memimpin parti Warisan Labuan  tetapi juga dalam memperjuangkan  hak hak rakyat.

“ Dan kami juga mendapati bahawa Rozman sahajalah pemimpin di Labuan yang berwibawa dan  berkeupayaan untuk membawa hala tuju Labuan sebagai sebuah wilayah yang dinamik pada masa hadapan.

“Kami juga dapati beliau seorang pemimpin  yang  bersifat rendah diri tanpa kroni, tanpa orang orang sekelilingnya yang boleh mempengaruhi  apa apa keputusan dan dengan sifat yang ada pada beliau kami yakin beliau boleh membawa Labuan tapa tekanan mahupun telunjuk daripada pemimpin pusat” katanya.

Selain itu katanya,  penjanamaan semula parti Warisan Sabah kepada parti Warisan  membuktikan kepada kami bahawa parti itu bukan hanya memperjuangkan  untuk rakyat Sabah semata mata  tetapi menyeluruh apatah lagi parti itu mula mengembangkan sayapnya ke beberapa negeri di Semanajung.

Haji Chemat yang sebelum ini berhadapan  pelbagai onak dan duri  ketika mempimpin parti Amanah  Labuan yakin suara  parti Warisan melalui Datuk Rozman lebih jelas berbanding dengan suara pemimpin   yang diterajui oleh parti  dari semananjung dimana mereka  terpaksa mengikut telunjuk dan menerima pelbagai tekanan  dalam menentukan hala tuju mereka sendiri.

“Kami mahukan Labuan biarlah disuarakan oleh  pemimpin Labuan tanpa sebarang tekanan dan berani bersuara  dalam menentukan hala tuju pembangunan dan ekonomi Labuan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN