26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Haji Adzman tinjau SMK Pantai IBWS dan 5 sekolah lain

LAWATAN..Yusup (keempat kanan) mengiringi Haji Adzman semasa melawat SKK St Anne. Turur kelihatan Guru Besar SKK SK St Ann, Cecillia Chua (dua kiri)

LABUAN: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (TKPPM) Sektor Operasi Sekolah (SOS), Dato’ Haji Adzman Talib telah mengadakan tinjauan ke SMK Pantai IBWS  dan lima sekolah  lain sempena lawatan kerja beliau ke ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, baru-baru ini.

Lima lagi sekolah lain ialah  SMK Labuan, SKK ST Anne, SK Sungai Bedaun, SM Sains Labuan dan SK Pekan Satu.

Turut mengiringi beliau dalam sesi tinjauan itu, Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Haji Mohamad, Timbalan-timbalan Pengarah Pendidikan Labuan, Md Nizam Yasim (Sektor Perancangan) dan Ustaz Abd Rahman Ahmad (Sektor Pembangunan Murid) dan  Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), Maimoon Matnoh.

Menurut Dato’ Haji Adzman  tujuan utama lawatan kerja itu ialah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kesiapsiagaan dan pematuhan sekolah terhadap amalan-amalan dalam norma baharu.

“KPM telah membuat satu keputusan yang sukar untuk membenarkan murid-murid kembali ke sekolah.

“Kita mengakui bahawa sesi persekolahan secara bersemuka adalah amat penting bagi setiap murid mendapat akses kepada pendidikan terbaik.

“Justeru kita perlu memastikan keselamatan murid dan warga sekolah sentiasa terjamin dengan mematuhi SOP yang telah disediakan,”katanya.

Secara keseluruhan beliau berpuashati tahap kesiapsiagaan dan pematuhan sekolah-sekolah di Labuan dalam mengekang penukaran pandemik COVID-19.

“Saya ingin mengucapkan tahniah atas inisiatif yang telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Labuan kerana menyediakan sekurang-kurangnya 20 sinki di setiap sekolah secara tetap dan dibuat dengan begitu kemas. “Inisiatif ini telah memudahkan murid-murid untuk mencuci tangan secara kerap dan menjaga kesihatan,”katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN