27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

HAH Bowls juara Kejohanan Terbuka Triple Boling Padang  Piala Presiden

Gambar atas: JOHAN….Rozman (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan HAH Bowls.

LABUAN: Pasukan HAH Bowls menjuarai Kejohanan Terbuka Triple Piala Presiden Persatuan Boling Padang Wilayah Persekutuan Labuan (PBPWPL) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan peringkat Labuan.

HAH Bowls yang diwakili Eyreza Awang Besar, Hanif Jamri dan Hassan Hussien membawa pulang hadiah wang tunai RM500 beserta piala Presiden PBPWLP, Datuk Rozman Isli.

Naib juara dimenangi oleh pasukan 3A’S yang diwakili  Aisah Alias, Nurfahayunni Azriawil Tawil dan Nur Amileeya Ismail untuk menerima hadiah wang tunai RM400.

NAIB JOHAN….pasukan 3A’s menerima hadiah daripada Rozman (tiga kiri)

Tempat ketiga  bersama masing masing dimenangi oleh pasukan  Nirvana (Osman Dullah, Mohd Hafiz Roslan,Mohamad Aimil Ismail) dan pasukan  Mega Bowls ( Hasan Jinin, Nur Zur’arissya Nabihan  Md Zaidi, Junaidi Abdullah, Haziq Jamri)  menerima hadiah wang tunai RM300 setiap pasukan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan yang juga Presiden PBPWPL, Datuk Rozman Isli.

Sebanyak 32 pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Boling Padang Wilayah Persekuruan Labuan.

Kejohanan selama empat hari yang berakhir pada Ahad telah diadakan di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN