27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Hadiah Unduk Ngadau Yang Ditawarkan Terlalu Besar – Jeffrus

Gambar Atas: Jeffrus

KENINGAU:Pertandingan ratu cantik/Unduk Ngadau adalah acara kemuncak setiap perayaan Pesta Kaamatan atau Pesta Kalimaran di Sabah. 

Ketua Penyelaras PUTRA Sabah Jeffrus Rijan berkata, ia juga merupakan satu daya tarikan untuk orang ramai datang ke satu-satu Pesta Kaamatan atau Pesta Kalimaran diadakan di mana-mana di negeri ini. 

Katanya, apabila pertandingan Ratu Cantik/ Unduk Ngadau diadakan melalui “facebook” ianya tidak lagi menepati tujuan sebenar ia diadakan. 

Jeffrus yang juga Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PUTRA Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony yang mengumumkan pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan 2020 diadakan pada hujung bulan ini.

“Kerajaan telah mengumunkan semua bentuk perayaan baik keagamaan mahupun kebudayaan ditiadakan pada tahun ini, untuk apa lagi membuang duit dan masa semata-mata mengadakan pertandingan ratu cantik/unduk ngadau melalui “facebook”. Wajib sangatkah ia” katanya.

Menurut Jeffrus, hadiah yang ditawarkan iaitu sebanyak RM150,000.00 untuk pertandingan Ratu Cantik/Unduk Ngadau melalui fb seperti diumumkan oleh Datuk Peter Anthony adalah terlalu besar dan tidak berbaloi. 

Sepatutnya kata Jeffrus, banyak program lain yang lebih bermanfaat dan berbaloi diadakan dengan jumlah wang yang begitu besar misalnya partandingan bercerita/berpidato, pertandingan menulis buku, pertandingan drama dalam bahasa KDM dan sebagainya yang lebih mendidik dan membangunkan sikap dan minda kaum KDM itu sendiri. 

“Setelah sekian lama Pesta Kaamatan/Pesta Kalimaran diadakan di negeri Sabah, pihak-pihak berkenaan sepatutnya sudah membuat kajian terhadap sejauh manakah kesan kebaikan dari segi pendidikan serta perubahan sikap dan minda khususnya kaum bumiputera negeri ini hasil daripada pesta kaamatan dan kalimaran.

Sebab apa yang saya perhatikan, taraf hidup dan ekonomi kaum bumiputera negeri ini masih tercorot dibelakang berbanding kaum-kaum lain walhal maksud pesta kaamatan/kalimaran itu diadakan ialah meraikan hasil tanaman mereka pada tiap-tiap tahun” jelasnya.

Tetapi katanya, anehnya hasil tuaian tidak ada tetapi pesta kaamatan/kalimaran di kampung-kampung diadakan berlebih-lebihan. 

“Lebih malang lagi apabila kita mendengar kemalangan jalanraya banyak berlaku di mana-mana sehingga mengorbankan nyawa gara-gara  mabuk dalam perayaan pesta kaamatan/kalimaran yang mereka hadiri” katanya. Tamat/–Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN