26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Guru Campak Budak, Berdepan Hukuman Penjara 10 Tahun, Denda RM 20,000

Polis siasat video tular guru tadika dera anak murid

SHAH ALAM – Polis telah menerima laporan berhubung satu klip video yang tular dalam sosial media hari ini menunjukkan seorang guru tadika melakukan kekerasan ke atas anak muridnya.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika disabitkan kesalahan, guru terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya pada Jumaat.

“Saya mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Beliau berkata guru tersebut telah dipanggil bagi memberikan keterangan dan siasatan lanjut akan dijalankan pihak polis.

Video berdurasi 10 saat itu yang mencetuskan kemarahan orang awam memaparkan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN