31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

GRS Pensiangan sokong penuh calon BN P.182 Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Ghani (depan tiga dari kiri)dan Moris (depan empat dari kanan)sama-sama menunjukkan bendera BN dan GRS sebagai tanda persefahaman dan  sokongan penuh kepada calon BN P.182 Pensiangan. 

NABAWAN:Gabungan Rakyat Sabah (GRS)Pensiangan menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN)P.182 Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, ini kerana Kerajaan Negeri Sabah terbentuk hasil kerjasama GRS-BN.

Katanya, perjanjian antara GRS dan BN telah dimeteraikan untuk bekerjasama dalam menghadapi pihak lawan pada PRU15 ini.

“Justeru itu kita pastikan calon BN bagi kawasan Parlimen P.182 Pensiangan menang pada 19 November nanti” katanya pada majlis santai kupi-kupi di Kampung Enam pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis santai itu, Timbalan Ketua Bahagian PBRS Nabawan Moris Anis, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Nabawan Deckson Andipai, Ketua Daerah Nabawan OKK Ulin Datuk Pamiang, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO)Nabawan Ami Talu dan wakil daripada Parti STAR  Nabawan Ampongoh Mantis Daud Anggau, Apandy Haji Hasbollah @ Angindi dan barisan kepimpinan Bahagian, Srikandi dan Armada Bersatu Pensiangan.

Jelas Ghani yang juga Ketua Bajagian Bersatu Pensiangan, beliau bersama ADUN Sook Datuk Ellron Angin, ADUN Tulid Datuk Flovia Ng dan Senator Bobbey A. Suan telah mengadakan pertemuan dengan calon Parlimen P.182 Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Katanya, antara lain yang dibincang dalam pertemuan itu adalah menyelasaikan perselisihan faham antara Datuk Ellron dan Datuk Arthur sebelum ini dan selepas pengumuman penamaan calon.

“Kita bersyukur kerana hasil daripada pertemuan lebih sejam di sebuah hotel terkemuka di Keningau itu persefahaman dan persepakatan telah dicapai untuk bersama-sama menghadapi pihak lawan pada PRU15 ini” kata Ghani.

Selain itu katanya, halatuju pembangunan di kawasan Pensiangan juga telah dibincang bersama termasuk pengagihan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan pada masa akan datang.

“Maka selepas pertemuan itu, maka terjawablah isu-isu pihak lawan yang kononnya saya bersama Datuk Ellron, Datuk Bobbey dan Datuk Flovia tidak menyokong calon BN P.182 Pensiangan” tegas Ghani.

Pada masa sama Ghani menyeru penyokong-penyokong GRS-BN yang tersasar sedikit di landasan kerana terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan oleh pihak lawan agar kembali di landasan yang sebenar.

Pada hari yang sama Ghani bersama rombongan yang dikenali dengan DGY Team mengada majlis santai kupi-kupi di Kampung Loboh dan Kampung Lima Dan seterusnya di kampung-kampung lain sehingga 18 November ini bagi membantu calon P.182 Pensiangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN