31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Gotong royong pupuk 3P

BEKERJASAMA…Antara penduduk yang menyertai gotong royong tersebut.

RANAU: Gotong royong pupuk Perpaduan, Persaudaraan dan Permuafakatan (3P), dikalangan penduduk meskipun berbeza dari segi anutan agama dan fahaman politik.

Demikian yang hendak dicapai warga Kg.Dambalang Marakau yang menganjurkan Gotong Royong  membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Kristian (RC) di kampung itu baru-baru ini.

Pengerusi Komuniti Kg.Dambalang, Clemen Umbun berkata, melalui gotong toyong itu bukan sahaja mampu memupuk perpaduan malah menjimatkan masa, tenaga, kos dari segi kewangan dan telah dapat menyiapkan kerja-kerja dengan lebih  cepat.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti Kristian Dasar (KKD)  St.Michael Kituntul Lama, Marius Caladius memaklumkan gotong royong adalah satu program berfaedah yang perlu diberi sokongan penduduk kampung bukan sahaja membersihkan tanah perkuburan beragama Kristian malah melibatkan tanah perkuburan beragama lain, mereka akan bekerjasama  bersatu padu tanpa dihalangi dari segi perbezaan kaum, agama dan idologi politik.

“Program seperti ini juga dapat mewujudkan suasana bekerjasama dengan umat beragama lain”, tegasnya.

Pengerusi Hal-Ehwal Tanah Perkuburan RC Kg.Dambalang, Basius Samiun yang juga perancang Kebersihan dan keperluan  tanah perkuburan, turut berterima kasih dan memuji kehadiran penduduk untuk menjayakan program gotong royong tersebut.

Beliu berkata kawasan tanah perkuburan seluas 3.76 ekar itu telah dibahagikan kepada tiga kawasan perkuburan iaitu, RC, SIB dan Islam.

“Itulah keputusan perbincangan kami dari awak lagi supaya keharmonian dapat dipupuk dikalangan penduduk”, jelas Basius.

Selepas gotong royong itu, telah diadakan Mesyuarat Komumiti KRT, bagi membincangkan tarikh dan acara Sambutan Hari Sabah peringkat KRT Kg.Dambalang bagi tahun 2023.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN