Zaliha (tiga dari kiri), Dzulfaizal (tiga dari kanan) ketika majlis simbolik perasmian Gotong Royong Madani SMA MAIWP.
LABUAN: Gotong Royong Madani anjuran bersama Sekolah Menengah Aagama, Majlis AAgama Islam Wilayah Peesekutuan (SMA MAIWP) Labuan dan PIBG MAIWP yang disertai lebih 300 peserta telah melahirkan nilai nilai kebersamaan komuniti dalam aspek kekeluargaan dan keharmonian bermasyarakat.
Program gotong royong yang melibatkan penyertaan pelajar, ibu bapa pelajar, guru serta kakitangan SMA MAIWP telah diadakan di perkarangan sekolah tersebut.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Zaliha Mohd Salleh.
Turut hadir Pengetua SMA MAIWP, Ustazah Siti Aminah Zakaria dan Yang Di Pertua PIBG SMA MAIWP Labuan, Mohd Dzulfaizal Abd. Manan.
Terdahulu Zaliha ketika berucap merasmikan program itu berkata, gotong royong Madani bertujuan memperkukuh hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui penglibatan aktif dalam kerja-kerja pembersihan, penyelenggaraan dan menceriakan kawasan sekolah.
Sebahagian pelajar yang menyertai gotong royong Madani.
“Kita mahu mewujudkan persekitaran sekolah yang bukan sahaja bersih dan selesa, tetapi juga menyemai nilai gotong-royong, kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan murid, ibu bapa dan warga sekolah,” katanya.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah:
Pembersihan kawasan surau, kelas dan Penyusunan semula stor dan bilik khas serta Kerja-kerja landskap di kawasan sekolah
Zaliha berkata, objektif program ini jelas menekankan pengukuhan jalinan kerjasama erat antara sekolah dan komuniti ibu bapa, peningkatan tahap kebersihan dan keceriaan sekolah ke arah suasana pembelajaran kondusif dan selamat serta pembentukan semangat komuniti madani sebagai asas pembangunan sahsiah murid.
Sementara itu, Mohd Dzulfaizal, berkata, PIBG SMA MAIWP Labuan komited untuk terus menjadi jambatan kerjasama yang kukuh antara pihak pentadbiran sekolah dan ibu bapa, demi melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi akademik dan akhlak.
“Gotong-royong ini bukan sekadar kerja pembersihan, ia adalah manifestasi kasih sayang dan tanggungjawab bersama membentuk persekitaran terbaik untuk anak-anak kita,”katanya,



