Jess Joel, 30 bersyukur kerana lagu “Good Morning Sayang” berjaya tembus ke radio station di Indonesia.
Jess Joel ketika dihubungi, berkata dia tidak menyangka satu lagu daripada EP “Episod Esok” berjaya tembus ke radio station di Indonesia. Anak jati Tamparuli ini telah melancarkan Mini Album beliau yang diberi nama “Episod Esok” 6 Jan lalu. “Pada awalnya saya hanya cuba-cuba untuk hantar lagu ke station-station radio yang ada di Indonesia, dan tidak sangka pula ada radio station PTPN dari Solo Indonesia yang bagi feedback dan memutarkan lagu tersebut di radio mereka kata Jess.
Selama penglibatan beliau dalam bidang nyanyian sejak tahun 2019, antara impian yang beliau ingin capai dalam karier muziknya ialah lagu beliau untuk tembus pasaran ke negara jiran iaitu Indonesia. Beliau berkata ini bukan kali pertama lagu beliau berjaya tembus ke Indonesia, “Ini buka first song yang tembus ke Indonesia, sebelum ini single saya yang bertajuk “Yang Satu” Featuring Donlay Z juga pernah tersenarai dalam carta lagu mingguan Anugerah Musik Indonesia (AMI).
Tampil dengan album sulung beliau pada tahun 2023 ini telah memuatkan sebanyak 4 lagu baharu dan 5 tracks lagu dalam album tersebut. Antara lagu-lagu yang telah dikeluarkan ialah Good Morning Sayang, Menunggu Mu, GMS Unplugged, Rasa Hati Featuring Saiful Zwan dan Jatuh Cinta Featuring Ivy. Lagu Good Morning Sayang adalah lagu yang pertama dalam album ini untuk tembus ke station radio di Indonesia. Lagu ini menceritakan perihal pasangan yang menjalani hubungan jarak jauh, dan akhirnya lelaki tersebut memutuskan untuk tidak berjauhan lagi daripada pasangannya sampai bila-bila.
Jess Joel juga menjawab ketika ditanya berkenaan dengan sambutan Album beliau, “Sambutan buat masa ini saya boleh sifatkan agak positif, sekata bulan Jan ini album ini sudah di dengar oleh lebih daripada 1,000 pendengar di semua platform digital streaming”. Dalam masa yang sama juga, lagu Good Morning Sayang baru-baru ini telah masuk di dalam Carta Borneo Era untuk undian mingguan. Ditanya apa perancangan beliau dalam masa terdekat ini, Jess berkata buat masa ini beliau masih menumpukan promosi album tersebut melalui platform digital dan social media, dalam masa yang sama juga beliau turut mempromosikan lagu Good Morning Sayang agar meraih undi bagi menjuarai Carta Borneo Era.
Sekata tahun 2023 ini, Jess Joel sudah mempunyai 8 buah lagu ciptaan sendiri. Kesemua lagu-lagu tersebut boleh di dengarkan di platform digital seperti Spotify, Youtube Music, Apple Music, Joox Music dan lain-lain. Jess Joel juga berkata perancangan beliau pada tahun ini lebih kepada mempromosikan lagu-lagu beliau dan mengintai peluang untuk melakukan persembahan-persembahan dalam mana-mana festival muzik mahupun konsert. Dalam masa yang sama pada 3 Feb ini Jess Joel akan melancarkan Muzik Video lagu kedua beliau “Menunggu Mu” di platform youtube.