25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan Petani, Penternak dan Nelayan perlu rebut peluang lipatgandakan perniagaan, tingkat pendapatan

Gambar Hiasan…Tamu Minggu yang memberi ruang kepada golongan Petani, Penternak dan Nelayan menambah pendapatan.

BELURAN: Golongan Petani, Penternak dan Nelayan perlu merebut peluang melipatgandakan perniagaan untuk meningkatkan pendapatan berikutan kelonggaran operasi semua sektor ekonomi yang diberikan kerajaan bermula 15 Mei depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata, kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diberikan kerajaan boleh membantu golongan peniaga kecil khasnya para Petani, Penternak dan Nelayan mencari rezeki lebih mudah berbanding sebelum ini.

“Rebutlah peluang yang diberikan dan dalam masa sama, golongan Petani, Penternak dan Nelayan perlu lebih gigih mengeluarkan produk yang berkualiti untuk dipasarkan”. Jelas James dalam satu kenyataan pada Khamis.

James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah berkata, dalam masa sama, kelonggaran SOP tersebut perlu dimanfaatkan secara berhemah agar semua pihak sentiasa selamat daripada jangkitan virus Covid-19.

Tegasnya, walaupun semua sektor ekonomi telah dibenarkan, namun aspek penjagaan kesihatan perlu diutamakan agar jangkitan Covid-19 tidak lagi meningkat dan menggangu kehidupan harian.

“Kita perlu menjadi insan yang sentiasa bertanggungjawab. Patuhilah garis panduan kesihatan yang telah diamalkan sejak awal penularan Covid-19 agar tidak ada lagi sekatan yang merumitkan kehidupan harian termasuk menjalankan perniagaan”. Katanya.

Pada Rabu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melonggarkan SOP Covid-19 bermula 1 Mei depan yang merangkumi tatacara pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal,daftar masuk dan status vaksinasi Mysejahtera, penggembara dan kebenaran semua sektor ekonomi beroperasi bermula 15 Mei.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN