24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan memerlukan terima bantuan BARMA, 4,615 penerima sehingga 13 Julai di Ranau.

Pengurus Rumah Anak Yatim (RAY) Kg.Silad Ranau, Ustaz Mohd.Hainin Abdullah (kiri) menerima sumbangan BarMa disampaikan Jalu dari pejabat Parlimen Ranau diperhatikan pelajar RAY.

RANAU: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau, telah berjaya menyalurkan sumbangan  Barang Makanan (BarMa 3.0) kepada 4,615 Ketua Isi Rumah (KIR) sehingga 13 Julai 2021.

Mereka yang telah menerima sumbangan tersebut adalah golongan miskin yang dikenalpasti terkesan  berikutan pandemik Covid-19.

Keutamaan penerima sumbangan itu adalah mereka yang berdafrar dengan e-Kasih, ibu-ibu tunggal, Anak-anak Yatim, PesakitTelantar dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Semua sumbangan telah dihantar dan disampaikan oleh para kakitangan dan krew sukaewlawan Pejabat Parlimen Ranau,  mewakili Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Ramai penerima yang sempat ditemui masing-masing melahirkan perasaan syukur, terima kasih dan memuji keprihatinan Jonathan dengan inisiatfnya menghulurlkan sumbangan BarMa tersebut.

“Dengan sumbangan ini sedikit-sebanyak telah membantu meringankan beban kami yang cukup terkesan dengan keadaan sekarang ekoran pandemik Covid-19 yang belum pasti bila akan berakhir.

“Kita mengharap sangat penularan Covid-19 ini akan beransur pergi apabila Imunisasi Vaksin Covid-19 ini akan dapat selasai suntikan dos 1 dan dos 2 melibatkan rakyat negara ini akan terlaksana sepenuhnya sedikit masa lagi”, jelas Haji Apar Bin Isyak dari Kg.Paka Dua Ranau.
                 

1.Antara penerima BarMa  disampaikan krew penghantar dari pejabat Parlimem Ranau (kanan).

2.Pengurus Rumah Anak Yatim (RAY) Kg.Silad Ranau, Ustaz Mohd.Hainin Abdullah (kiri) menerima sumbangan BarMa disampaikan Jalu dari pejabat Parlimen Ranau diperhatikan pelajar RAY.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN