27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Golongan digesa supaya bergiat aktif dalam bidang sukan: Jonathan

GIMIKā€¦.Datuk Jonathan menyepak bola sebagai perasmian kejohanan.

RANAU:Para belia beliawanis digesa supaya bergiat aktif dalam apa juga bidang sukan seperti Bola Sepak, Bola Tampar dan Sepak Takraw sebagai benteng diri daripada terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti penagihan dadah yang boleh merosakkan masa depan individu atau kumpulan yang terlibat.

Para belia katanya, juga perlu bijak membina kehidupan masa depan diri sendiri, keluarga serta  komuniti.

“Bermain bola sepak adalah permainan yang sangat digemari oleh semua peringkat usia namun amat sesuai melibatkan golongan belia berusia balasan tahun hingga 35 tahun dan rebutlah peluang untuk mengasah bakat dan potensi sehingga mewakili negeri dan negara ke peringkat antarabangsa”, tegasnya sambil memuji usaha penganjur (PEMUKA) kerana berjaya melaksanakan kejohanan itu  yang julugkali dan mengharapkan ia berjalan lancar dan teratur untuk mencapai matlamat kejohanan.

Perlawanan pembukaan kejohanan itu telah dimenangi pasukan Pemuka menewaskan PDM Sumaang 1-0 .

PEMBUKAANā€¦Pasukan PDM Sumaang (depan) dan PEMUKA merakam gambar sebelum Perlawanan bermula.

“Pihak Parlimen bersedia bekerjasama  membantu melaksanakan program belia dan beliawanis daerah Ranau dalam melaksanakan apa juga kegiatan sukan bagi melahirkan golongan belia yang sihat- harmoni menerusi kegiatan sukan sama ada di peringkat kampung (PDM) atau daerah”, tambahnya.

Turut hadir pada perasmian itu ialah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Bin Harun, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Tadbir), Mohd.Fadzri Bin Datuk Haji Faimin bersama ratusan penduduk setempat.

Pemenang Johan kejohanan itu bakal menerima hadiah RM10 ribu berserta piala, Naib Johan RM8 ribu dan Piala, Tempat Ketiga RM6 ribu bersama piala dan tempat ke-4 menerima RM1,000 ribu.Manakala Pemain Terbaik,Ā  Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik bakal menerima hadiah wang tunai RM200 setiap orang.
Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN